MAJLIS SERAHAN DAGING KORBAN DAN SUMBANGAN MAIK DI MASJID BENDANG BUKIT, PENDANG
PENDANG, 30 Mei 2026 – Seramai 100 asnaf di sekitar kariah Masjid Al Hasaniah Kampung Bendang Bukit, Pendang telah menerima agihan daging korban serta sumbangan tunai berjumlah RM400 seorang menerusi Majlis Penyerahan Daging Korban dan Sumbangan Baitulmal Tahun 1447H/2026M yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Ketua Pegawai Operasi MAIK, Yang Berbahagia Dr. Haji […]
AKTIVITI PROMOSI PERKHIDMATAN MAIK DI MASJID AL MA’ARIF TANJUNG MUSANG
18 April 2026 (Pokok Sena): Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) melalui Bahagian Baitulmal dan Wakaf telah menyediakan kaunter pameran di Masjid Al Ma’arif sempena Karnival Masjid Hari Usahawan dan Pertandingan Memancing Peringkat Masjid Al Ma’arif, di sini, hari ini. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah terimaan Wakaf Tunai, kiraan dan terimaan bayaran fidyah dan kafarah, edaran […]
KUNJUNGAN HORMAT MAIN KELANTAN KE MAIK
16 April 2026 (Kota Setar): Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di ibu pejabatnya, hari ini. Delegasi seramai enam pegawai yang diketuai oleh Ketua Pegawai Baitulmal MAIK Kelantan, Yang Berusaha Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman hadir bagi mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan […]
SUMBANGAN KABIN KAFA SK SUNGAI BARU OLEH MAIK DAN BANK ISLAM
16 April 2026 (Kota Setar): Majlis Penyerahan Projek Kabin Bilik Operasi Pendidikan Islam (KAFA) yang telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sungai Baru hari ini merupakan kesinambungan kerjasama strategik antara Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) serta sumbangan daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Majlis yang diadakan di Dewan […]
MAIK SUMBANG KABIN GURU KAFA SK TELOK JAMAT
15 April 2026 (Pokok Sena): Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) telah mengadakan Majlis Penyerahan Kabin Bilik Operasi Pendidikan Islam (KAFA) di Sekolah Kebangsaan Telok Jamat, hari ini. Majlis ini disempurnakan oleh Ketua Bahagian Baitulmal MAIK, Encik Muhammad Suhaimi Zulkiflee, yang memaklumkan bahawa projek pembinaan kabin guru […]
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR NEGERI KEDAH MELALUI DANA TABUNG MUSA’ADAH JAKIM –YAYASAN WAKAF MALAYSIA
12 Mac 2026 (Baling): Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah menganjurkan Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Negeri Kedah melalui Dana Tabung Musa’adah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia–Yayasan Wakaf Malaysia (JAKIM–YWM) yang berlangsung di Dewan Terbuka Pejabat Pertahanan Awam Daerah Baling, di sini. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berbahagia Tuan Muhammad Suhaimi bin […]
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2026/1447 ANJURAN MAIK
09 Mac 2026 (Pokok Sena) – Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), berkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026/1447 anjuran MAIK yang berlangsung di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Pokok Sena, di […]
TUANKU SULTAN KEDAH DAN KELUARGA PERKENAN SUMBANG RM60,000 BAGI PROGRAM SUMBANGAN INFAK RAMADAN 1447H
25 Februari 2026 (Kota Setar): Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman serta keluarga DiRaja baginda telah perkenan menyumbangkan sebanyak RM60,000 bagi mengimarahkan Program Sumbangan Infak Ramadan 1447H anjuran Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Sumbangan Infak Ramadan ini telah disempurnakan oleh […]