BERITA MAIK

AKTIVITI PROMOSI PERKHIDMATAN MAIK DI MASJID AL MA’ARIF TANJUNG MUSANG

18 April 2026 (Pokok Sena): Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) melalui Bahagian Baitulmal dan Wakaf telah menyediakan kaunter pameran di Masjid Al Ma’arif sempena Karnival Masjid Hari Usahawan dan Pertandingan Memancing Peringkat Masjid Al Ma’arif, di sini, hari ini.
 
 
Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah terimaan Wakaf Tunai, kiraan dan terimaan bayaran fidyah dan kafarah, edaran risalah perkhidmatan Baitulmal dan edaran borang potongan gaji bagi Skim Dana Wakaf Tunai.
 
 
Pihak MAIK mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung yang sudi hadir ke kaunter pameran MAIK dan penghargaan turut dizahirkan kepada pihak Jawatankuasa Masjid Al Ma’arif atas penganjuran karnival ini.