BERITA MAIK

MAJLIS SERAHAN DAGING KORBAN DAN SUMBANGAN MAIK DI MASJID BENDANG BUKIT, PENDANG

PENDANG, 30 Mei 2026 – Seramai 100 asnaf di sekitar kariah Masjid Al Hasaniah Kampung Bendang Bukit, Pendang telah menerima agihan daging korban serta sumbangan tunai berjumlah RM400 seorang menerusi Majlis Penyerahan Daging Korban dan Sumbangan Baitulmal Tahun 1447H/2026M yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK).
 
Ketua Pegawai Operasi MAIK, Yang Berbahagia Dr. Haji Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, program tersebut merupakan manifestasi keprihatinan MAIK terhadap golongan yang memerlukan, khususnya dalam membantu meringankan beban kos sara hidup yang semakin mencabar.
 
Beliau turut memaklumkan bahawa tahun 2026 merupakan tahun ke-13 pelaksanaan program ibadah korban oleh MAIK. Menurutnya, usaha berterusan itu bukan sahaja dapat mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat, malah memberi kegembiraan dan manfaat kepada para penerima bantuan.
 
Majlis yang dirasmikan oleh Sohibus Samahah Dato’ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah ini turut dihadiri oleh wakil Pegawai Daerah Pendang, Encik Azmi Dollah dan Pegawai Agama Daerah Padang Terap merangkap Pegawai Agama Daerah Pendang, Syeikh Mohd Sayuthi Bin Abdullah.
Facebook
LinkedIn
WhatsApp
X

ARKIB BERITA MAIK

Himpunan koleksi berita dan aktiviti MAIK bagi tahun 2026