KUBANG PASU, 29 Julai 2026 – MAIK telah menyertai Program Ziarah Kasih Perdana yang diadakan bersempena Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah: Komuniti FELDA Sihat, Kedah Sejahtera di FELDA Bukit Tangga.
Program anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama pelbagai agensi strategik ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah binti Saad, EXCO Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Perpaduan Negeri Kedah, Puan Amirah Khairiah binti Abdul Latip, Pegawai Daerah Kubang Pasu, dan agensi-agensi berkaitan.
Menerusi program ini MAIK bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah menyampaikan sumbangan tunai,agihan zakat serta bakul makanan kepada golongan yang memerlukan.
Dilihat: 8