16 April 2026 (Kota Setar): Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di ibu pejabatnya, hari ini.
Delegasi seramai enam pegawai yang diketuai oleh Ketua Pegawai Baitulmal MAIK Kelantan, Yang Berusaha Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman hadir bagi mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan pentadbiran Baitulmal dan harta luqatah di MAIK Kedah.
Kehadiran delegasi telah disambut oleh Ketua Bahagian Baitulmal, Encik Muhammad Suhaimi bin Zulkiflee dan Ketua Bahagian Wakaf, Encik Ahmad Zaki bin Ghazali, serta turut disantuni oleh Ketua Pegawai Operasi MAIK Kedah, Yang Berbahagia Dr. Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman.
MAIK Kedah berharap hubungan strategik antara kedua-dua agensi ini dapat terus diperkukuh demi kemaslahatan umat Islam.
Dilihat: 10








