Alih Bahasa:

Mengenai Kami

PUSBA ialah sebuah Pusat Bimbingan Islam, ditubuhkan pada 08 Mac 1998. Kos pembinaan dan perbelanjaan operasinya dibiayai oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah.

MENGENAI PUSBA

PUSBA ialah sebuah Pusat Bimbingan Islam, ditubuhkan pada 08 Mac 1998. Kos pembinaan dan perbelanjaan operasinya dibiayai oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah. Pada asalnya PUSBA ditubuhkan bagi menangani gejala murtad dalam kalangan saudara baru dan orang Islam asal sebagai melaksana resolusi supaya diwujudkan sebuah pusat khusus Bagi memberi pendidikan mengenai ajaran Islam terhadap mereka. Walau bagaimanapun, berpunca daripada perubahan dan tuntutan masyarakat semasa, kini PUSBA juga berperanan sebagai pusat menyebar ajaran Islam di kalangan orang bukan Islam dan pusat pengukuhan kefahaman dan penghayatan Islam di kalangan orang Islam khususnya rakyat di Negeri Kedah.

PUSBA beroperasi di sebuah bangunan tiga tingkat bernilai RM3.16 juta di Sungai Petani sejak 1 April 1999. Lokasinya agak strategik untuk peranan yang dipertanggungjawabkan. Terdapat juga keperluan untuk mempertingkatkan operasi berikutan daripada cabaran sosial semasa yang sedang berlaku. Walau bagaimanapun, prasarana asas semasa yang ada di Pusat ini agak terhad bagi menampung peserta yang lebih ramai. Pusat ini hanya menyediakan 16 buah bilik asrama lelaki dan perempuan, 4 buah bilik kuliah, sebuah perpustakaan, dewan serbaguna, dewan makan dan surau (200 jemaah).

Tadbir urus operasi PUSBA diketuai oleh Pengetua yang bertanggungjawab kepada Lembaga Tadbir. Beliau mengetuai dua buah bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran dan Kewangan dan Bahagian Pendidikan dan Kaunseling.

SUMBER

Sumber kewangan PUSBA adalah sebanyak 2 juta melalui peruntukan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)

PERKHIDMATAN

PUSBA melaksanakan tiga jenis perkhidmatan iaitu :

1. Perkhidmatan pendidikan asas Islam secara intensif.

2. Perkhidmatan pemulihan dan pemantapan aqidah.

3. Perkhidmatan kaunseling dan bimbingan

PIAGAM PELANGGAN

Piagam pelanggan PUSBA menetapkan agar perkara-perkara berikut dipatuhi untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah efisyen dan memuaskan :-

1. Menyedia prasarana bimbingan dan pendidikan yang sempurna sepanjang tempoh kursus.

2. Memberi bimbingan asas Islam sepanjang tempoh kursus mengikut silibus.

3. Memastikan saudara baharu meningkat kefahaman dalam masa empat bulan.

4. Memastikan pelajar lulus mengikut tahap yang ditetapkan selepas tamat kursus.

5. Menerima peserta daripada pelbagai pihak dan agensi.

6. Menyedia laporan tahunan lengkap kepada stakeholders pada setiap awal tahun berikutnya.

CARA MEMOHON

BAGI YANG MEMELUK AGAMA ISLAM DI NEGERI KEDAH

Dokumen yang diperlukan :
-Salinan Kad Pengenalan (Warganegara Malaysia)
-Salinan Passport (Warganegara Asing)
-Salinan Kad Islam atau Surat Akuan Masuk Islam
-Salinan Akaun Bank(Jika Ada)
-Laporan Peperiksaan Kesihatan(Medical Check Up)
-Gambar Bersaiz Passport(2 keping)

 

BAGI YANG MEMELUK ISLAM DI NEGERI LAIN

Dokumen yang diperlukan:
-Surat persetujuan tajaan yuran pengajian di PUSBA dari Pejabat Agama Daerah yang beliau masuk Islam
-Sekiranya tidak mendapat surat tajaan berkenaan, beliau perlu kemukakan satu surat yang menyatakan tidak mendapat tajaan dari mana-mana agensi.
-Salinan Kad Pengenalan (Warganegara Malaysia)
-Salinan Passport (Warganegara Asing)
-Salinan Kad Islam atau Surat Akuan Masuk Islam
-Salinan Akaun Bank(Jika Ada)
-Laporan Peperiksaan Kesihatan(Medical Check Up)
-Gambar Bersaiz Passport(2 keping)

 

*NOTA : Semua dokumen diatas adalah sama jika ingin memasuki Kursus Bulanan atau Kursus Mingguan.

*NOTA : Borang permohonan boleh diperolehi di PUSBA bagi kemasukan Kursus Bulanan manakala kemasukan Kursus Mingguan boleh diperolehi di daerah yang berkenaan.

  KURSUS INTENSIF 4 BULAN DI PUSBA

Sesi Pertama : Januari – April
Sesi Kedua : Mei – Ogos
Sesi Ketiga : September – Disember

*NOTA : Boleh hadir ke pejabat PUSBA untuk pendaftaran pengajian

KURSUS MINGGUAN DI DAERAH

Kuala Muda : PUSBA Sungai Petani
Kulim : Bangunan Zakat Kulim
Baling : Bangunan Baitulmal No 11, Jalan Liku Baling
Pendang : SMA Islah, Pendang
Kubang Pasu : Pusat Dakwah Kubang Pasu, 06000 Jitra
Kota Setar : Dewan Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar
Padang Terap : Masjid Tengku Sarafuddin Badlishah, Pulau Kijang
Langkawi : Bangunan Cikgu Abdul Halim, Pekan Kelibang


*NOTA : Boleh terus hadir ke daerah berkenaan untuk pendaftaran pengajian

Borang permohonan pendaftaran pengajian bagi kemasukan Kursus Bulanan boleh didapati secara terus di PUSBA.

Manakala bagi kemasukan Kursus Mingguan, borang permohonan boleh diperolehi secara terus di lokasi kursus yang telah ditetapakan untuk setiap daerah.

Semua lapisan saudara baharu yang telah mendaftar di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Keutamaan diberikan kepada mereka yang memeluk Agama Islam di Negeri Kedah walaubagaimanapun bagi yang mendaftar Islam di lain-lain negeri juga diberi peluang.

Pendaftaran PERCUMA

Makan minum sehari 5 kali disediakan oleh katering bagi pelajar Kursus Bulanan. Bagi pelajar Kursus Mingguan makanan tidak disediakan.

Kemudahan asrama, kemudahan kelas pengajian, kemudahan tempat bersembahyang disediakan

Elaun bulanan RM300.00 setiap orang bagi pelajar Kursus Bulanan manakala pelajar Kursus Mingguan di bayar mengikut berapa kali jumlah kehadiran dengan kadar bayaran RM35.00 sekali hadir.

WordPress Table Plugin

GALERI PUSBA

KELAS MINGGUAN & BULANAN

PENERAJU

PENDIDIK

Ustaz / Ustazah


ALAMAT:

Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA), Jalan Pegawai, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

TALIAN UNTUK DIHUBUNGI:

Telefon : +604-4258561
Email: pusba@kedah.gov.my

WAKTU BERURUSAN:

AHAD – KHAMIS:
08:00am – 05:00pm

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.