
Majlis Agama Islam Negeri Kedah sebagai agensi utama yang memainkan peranan sebagai pembuat dasar di dalam pembuat dasar hal ehwal agama Islam di negeri Kedah. Pelan Strategik MAIK bagi tahun 2021-2025 adalah bagi menetapkan hala tuju selari dengan arus pemodenan abad ke-21.
Pelan Strategik ini telah dilancarkan secara rasminya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Kedah Darul Aman pada 27 September 2021 bersamaan 19 Safar 1443H.
Pelan ini menggariskan lima Teras Strategik utama seperti berikut:
- Mempertingkatkan Kualiti Tadbir Urus Pengurusan.
- Memantapkan Peranan Baitulmal Sebagai Institusi Penggerak Sosial dan Ekonomi Islam.
- Memperkasakan Wakaf Sebagai Instrumen Pembangunan Ekonomi Sosial Umat Islam.
- Memperkukuhkan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Terkini.
- Memperkasakan Penguatkuasaan Undang-Undang Hal Ehwal Agama Islam dan Membudayakan Penyelidikan bagi Kesejahteraan Ummah.
Pelan Strategik ini juga telah menetapkan rangka kerja yang tersusun, yang melibatkan 14 strategi dan akan dilaksanakan melalui 33 inisiatif serta 63 indikator yang digunakan sebagai penilaian pencapaian.
Pelan Strategik ini akan menjadi pemangkin kepada usaha-usaha memperkasakan MAIK untuk terus kekal cemerlang di dalam kontek pengurusan hal ehwal agama Islam di Negeri Kedah.