Alih Bahasa : EnglishMalay
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PUSBA 2023

KUALA MUDA – 14 MEI 2023

Telah berlangsungnya Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat PUSBA di perkarangan PUSBA, Sungai Petani.

Majlis bermula pada jam 9.45 pagi dengan kehadiran para tetamu VIP. Majlis dimulakan dengan bacaan Ayat Suci Al Quran oleh pelajar mingguan PUSBA. Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Tuan Syeikh Fakhrurrazi Bin Yub (Ketua Bahagian Wakaf MAIK). Majlis juga diserikan dengan persembahan nasyid oleh pelajar bulanan sesi 2/2023 PUSBA serta sesi cabutan bertuah.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri PUSBA ini telah dilakukan setiap tahun namun telah tertunda dua (2) tahun oleh kerana pandemik covid 19. Oleh itu, majlis ini merupakan yang pertama kalinya dilakukan selepas pandemik menyerang dunia. Majlis ini melibatkan seluruh alumni yang pernah menjadi pelajar PUSBA bermula tahun 1999 sehingga tahun 2023.

Majlis jamuan makan bermula jam 12 dan tamat pada jam 2 petang.

Facebook
WhatsApp
Twitter

PENAFIAN

Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK)tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.