Alih Bahasa:

BENGKEL SEMAKAN STRUKTUR KURIKULUM PUSBA SIRI 3

ALOR SETAR (24 OGOS 2022) – Telah selesai Bengkel Semakan Struktur Kurikulum PUSBA bagi Siri Ketiga di The Jerai Hotel, Alor Setar.

Hari terakhir Bengkel Semakan Struktur Kurikulum PUSBA ditutup dengan sesi pembentangan, rumusan dan kesimpulan oleh Al Fadhil Tuan Syeikh Mohd Zamri Bin Bakar (Pengetua PUSBA) berkaitan baki tiga (3) subjek yang telah disemak sepanjang 2 hari 1 malam di hotel berkenaan. Bengkel Semakan Struktur Kurikulum PUSBA kali ini telah melibatkan tiga (3) subjek iaitu Al-Quran, Sirah dan Jawi setelah selesai Siri Kedua yang telah berlangsung pada 18-20 Julai 2022 tempoh hari.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Penyampaian Cenderahati kepada semua panel yang terlibat dalam menjayakan bengkel berkenaan. Majlis telah disempurnakan oleh Dato’ Wira Syeikh Yahaya Bin Haji Jusoh (Timbalan Yang Dipertua MAIK).

Pihak PUSBA, Majlis Agama Islam Negeri Kedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua Ahli Panel Semakan Struktur Kurikulum PUSBA yang sudi berkampung selama 2 hari 1 malam demi memastikan Sukatan Pelajaran untuk golongan Saudara Baru khususnya pelajar-pelajar dibawah PUSBA sesuai untuk kegunaan pengajian mereka. Terima kasih juga diucapkan kepada kakitangan PUSBA yang turut terlibat demi memastikan bengkel berjalan dengan lancar.

Bengkel tamat jam 1 tengah hari.

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025

10 June 2025

PUSBA (5 JUN 2025) MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN...

PROGRAM QIYAMULAIL DAN MAJLIS PERJUMPAAN PANGLIMA 2 DIVISYEN BERSAMA PESERTA KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025

10 June 2025

PUSBA (3 JUN 2025) PROGRAM QIYAMULAIL DAN MAJLIS PERJUMPAAN PANGLIMA 2 DIVISYEN...

MAJLIS PENYERAHAN KABIN BILIK OPERASI PENDIDIKAN ISLAM (KAFA) SK DULANG OLEH MAIK

29 May 2025

28 Mei 2025 (Alor Setar) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi...

PENYERAHAN CEK PROGRAM BANTUAN TAJAAN MAKANAN (FIDYAH) KEPADA PELAJAR ASNAF UUM

29 May 2025

27 Mei 2025 (Sintok) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi bin...

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KABIN GURU KAFA TAHUN 2025 SUMBANGAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN WAN SULAIMAN SIDIQ, ALOR SETAR, KEDAH

21 May 2025

              Telah dilihat : 614

MAJLIS SUMBANGAN SENTUHAN KASIH DARIPADA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (MAIK) DAN KUMPULAN SYARIKAT EMZI

21 May 2025

20 Mei 2025 (Merbok) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi bin...

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.