Alih Bahasa:

PERUTUSAN YANG DI PERTUA

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

Duli Yang Teramat Mulia
Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin,
D.K., DMK., DSDK., SSS.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala dengan izinNya, dapatlah saya menyampaikan sepatah dua kata di Laman Web Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Portal baru yang bermula dari 1 April 2022 ini adalah lebih teratur, mesra pengguna dan merupakan satu saluran maklumat serta jaringan komunikasi bagi menyalurkan pelbagai maklumat terkini dan perkhidmatan atas talian kepada masyarakat dan pelanggan Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah mengorak langkah ke hadapan dengan melancarkan Pelan Strategik Majlis Agama Islam Negeri Kedah (2021-2025) yang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah pada 27 September 2021. Pelan ini digubal bagi memastikan arah tuju Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk terus bergerak maju sesuai dengan arus pemodenan abad ke-21. Walaubagaimanapun, kerja-kerja rutin yang tidak dimasukkan dalam Pelan Strategik ini tetap akan berjalan seperti biasa.

Dalam usaha mengukuhkan penyampaian perkhidmatan, beberapa jawatan baru telah diluluskan. Dengan wujudnya Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Strategik, sudah tentu akan memberi nafas baru kepada struktur organisasi Majlis Agama Islam Negeri Kedah terutamanya dari aspek pelaksanaan Pelan Perancangan Strategik. Bahagian ini akan berfungsi untuk membuat kajian dan penyelidikan serta mencadangkan inovasi-inovasi baru. Begitu juga dengan Unit Hibah dan Wasiat, ia merupakan satu lagi perkhidmatan baru yang ditawarkan kepada masyarakat di negeri ini, selaras dengan wujudnya Peraturan-Peraturan Baitulmal (Kedah Darul Aman) 2021.

Bahagian Pembangunan Hartanah turut diberikan tambahan peranan baru iaitu menguruskan urusan penyewaan tanah-tanah wakaf dan baitulmal yang sebelum ini diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Izzah Sdn. Bhd.

Semua warga kerja Majlis Agama Islam Negeri Kedah perlu memiliki nilai-nilai kerja bermutu tinggi, kehebatan bertindak, kesungguhan dalam melaksanakan tugas, proaktif dan komitmen jitu perlu ada dalam diri kita semua dan kita perlu bekerja sebagai satu pasukan.

Selaras dengan cabaran revolusi digital, Majlis Agama Islam Negeri Kedah juga telah  menggunakan medium teknologi maklumat dan komunikasi sebagai saluran menyampaikan maklumat dan perkhidmatan secara atas talian kerana ia lebih pantas, mudah dan sesuai dengan konsep maklumat di hujung jari. Sistem Kedah Smart Masjid merupakan satu sistem pengurusan data dan maklumat yang meliputi profil masjid, pengurusan kewangan, anak kariah dan aktiviti semasa secara berpusat dan bersepadu bagi keseluruhan masjid-masjid di Negeri Kedah. Sistem ini dibangunkan secara usaha sama di antara MAIK dan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Akhir kata, kekalkanlah kesungguhan yang telah diperlihatkan dan terus memahami dan mendokong hasrat visi dan misi Majlis Agama Islam Negeri Kedah ke arah kemakmuran serta kesejahteraan rakyat Negeri Kedah Darul Aman. Semoga laman web ini akan menjadi landasan penyaluran maklumat berkesan dan interaktif kepada semua pelanggan. Kepuasan pelanggan mendorong kami untuk terus melaksanakan tugas yang terbaik.

Sekian, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.