
BAITULMAL
Bantuan yang disediakan di Baitulmal Negeri Kedah ialah :
- Bantuan Am
- Bantuan Bencana Alam
- Bantuan Perubatan
- Bantuan Pengurusan Jenazah Yang Tidak Dituntut
- Bantuan Intitusi Agama
- Bantuan Kecemasan
Tiada bantuan disediakan untuk pelajar menyambung pengajian di mana-mana Kolej/IPT Awam atau Swasta. Bantuan disediakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.
Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Baitulmal ( Kedah Darul Aman) 2021 di bawah Peraturan 17 telah mendefinisikan wang atau harta itu termasuklah wang atau harta daripada sumber-sumber Baitulmal seperti berikut :
- Harta Pusaka;
- Luqatah;
- Wang atau Harta Tidak Patuh Syariah
- Hutang kepada pemiutang atau waris kepada pemiutang yang tidak dapat dikesan;
- Wang Khul’ yang tidak dituntut;
- Hibah;
- Wasiat;
- Infak Fisabilillah;
- Lain-lain sumber hasil yang ditentukan oleh Majlis.
Bantuan yang tidak disediakan di Bahagian Baitulmal ialah :
- Perkahwinan
- Pembinaan dan baik-pulih rumah.
- Bantuan kepada Saudara Baru (Mualaf)
- Hutang (Al- Gharimin)
- Menjelaskan bil-bil yang tertunggak seperti :
- Bil Air
- Bil Elektrik
- Bil Telefon
Perkhidmatan yang disediakan oleh Unit TABK ialah :
- Fidyah dan Kafarah
- Wakaf Tunai
- Infaq Fisabilillah
- Wang atau Harta Tidak Patuh Syariah
- Luqatah (Harta yang tercicir)
WAKAF
Syarat pewakaf mestilah :
- Islam ;
- Baligh ;
- Berakal (sempurna akal fikiran) dan waras pemikirannya;
- Harta yang hendak diwakafkan hendaklah dimiliki penuh oleh Pewakaf ;
- Berwakaf atas kerelaan sendiri tanpa ada paksaan dari sesiapa;
- Ahli tabarruk (tidak diisytihar muflis/mempunyai tanggungan hutang)
- Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam. (Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali Ke-77 yang bersidang pada 10- 12 April 2007 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu).
- Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 31 Mac 2009 telah membuat keputusan wakaf tunai harus dilaksanakan di negeri Kedah Darul Aman.
Tidak harus seorang Islam mewakafkan hartanya kepada gereja atau seumpamanya kerana ia membawa kepada perbuatan maksiat.
(al-Fiqh al-Manhaji: Bab wakaf)
Adalah harus ke atas “mauquf alaih” (orang yang menguruskan wakaf) melabur wang yang terkumpul sebelum dibeli ganti harta wakaf.
(Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman pada 31 Mac 2009 Bersamaan 4 Rabiul Akhir 1430).
Wakaf : Menyumbang harta kekal bagi tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan untuk kebajikan umat Islam. Contoh seperti mewakafkan tanah untuk tapak masjid yang kekal selama- lamanya.
Sedekah : Menyumbangkan harta/wang yangbersifat tidak kekal penggunaanya untuk tujuan kebajikan.
Contoh seperti sedekah wang ringgit kepada fakir miskin untuk kegunaan harian, makan, bayaran utiliti dan sebagainya.
Zakat : Mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.
FIDYAH DAN KAFARAH
Tidak perlu mengqadakan puasa bagi ibu atau ayah yang uzur, namun boleh membayar fidyah bagi puasa yang ditinggalkannya.
Sekiranya tidak mampu berterusan, hendaklah membayar fidyah sebaik sahaja selepas Ramadhan berlalu. Jika sekiranya tidak berupaya ketika itu sahaja, kemudian selepas itu dia mampu melakukannya, hendaklah qadha puasa tersebut dan sekiranya melangkaui tahun hendaklah qadha dan membayar fidyah.
Setelah selesai mengqadha puasa si mati, ini bermakna waris sudah tidak perlu untuk membayar fidyah puasa lagi untuknya.
Perlu diingatkan supaya urusan qadha puasa tersebut perlulah dilakukan dalam keadaan seberapa segera.
Jika tidak mampu menunaikan kafarah nazar mengikut urutan, maka hendaklah menunaikan pilihan berpuasa selama tiga hari.
Contohnya :
Kita rasa keberatan dan tidak mahu untuk berpuasa dua bulan berturut turut tanpa sebab yang kukuh,maka dengan mudah kita terus memberikan makan kepada 60 orang miskin.
Merujuk pada pandangan Ulamak :
Tiada perselisihan di antara Ulamak dalam mewajibkan kafarah secara tertib iaitu mendahulukan pembebasan hamba sekiranya ia tidak mampu maka wajib ia berpuasa dua bulan berturut-turut dan sekiranya ia tidak mampu berpuasa maka berilah makan kepada 60 orang fakir miskin.
Oleh itu, sekiranya pembayar Kafarah tidak mampu berpuasa dua bulan berturut-turut maka dibolehkan berpindah kepada kafarah yang seterusnya iaitu memberi makan kepada 60 orang fakir miskin. Kemampuan berpuasa itu diukur melalui kemampuan darinya yang tidak ada kekuatan untuk berpuasa secara berterusan dalam tempoh dua bulan dan diperakui doktor muslim sekiranya puasanya itu akan menjejaskan kesihatan atau tubuh badan pembayar kafarah tersebut. Maka dibolehkan berpindah kepada kafarah memberikan makan kepada 60 orang fakir miskin.
PUSBA
Tidak. PUSBA di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
Di PUSBA terdapat dua jenis kursus iaitu :
- Kursus Intensif 4 bulan (sepenuh masa)
- Kursus pengajian kelas mingguan khas untuk golongan muallaf yang bekerja / berumah tangga
Tidak dikenakan apa-apa bayaran jika ingin mengikuti pengajian di PUSBA.
Bagi peserta yang memeluk Islam di negeri Kedah, bayaran kos pengajian ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah. Manakala bagi peserta yang memeluk Islam di negeri lain akan ditanggung oleh Majlis Agama Islam negeri tersebut.
Ya, boleh. Dengan syarat mempunyai dokumen seperti berikut :
- Passport / visa masih belum tamat tempoh
- Mempunyai surat pengakuan pengislaman
Untuk pendaftaran, anda perlu hadir ke Pejabat PUSBA untuk mengisi borang dan menyerahkan dokumen seperti berikut:
a) Salinan kad pengenalan ATAU passport (bagi yang bukan warganegara)
b) Dokumen pengislaman daripada Jabatan Agama Islam Negeri
c) Surat tajaan daripada Majlis Agama Islam Negeri (bagi yang memeluk Islam BUKAN di negeri Kedah)
d) Memliki dokumen perjalanan yang sah bagi yang bukan warganegara Malaysia.
e) Memiliki laporan kesihatan yang sah.
f) Gambar berukuran passport.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :-
Telefon : 04-4258561 / 04-4203563
Faksimili : 04-4258226
Email : pusba_maik@kedah.gov.my