Punca kuasa perundangan yang membawa kepada penubuhan MAIK termaktub di dalam Subseksyen 4 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008, iaitu , "Maka hendaklah ada satu badan bernama "Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman" untuk membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan Agama Islam".