Alih Bahasa:

Wakaf

Majlis Agama Islam Negeri Kedah

KUTIPAN SEMASA SKIM DANA WAKAF TUNAI 2024

WordPress Table Plugin

Skim Dana
Wakaf Tunai

Hasil kutipan Skim Dana Wakaf Tunai MAIK akan dibeli ganti dengan harta kekal untuk kemaslahatan umum umat Islam

Skim Dana
Wakaf UUM

Perjanjian usahasama diantara MAIK dan UUM bagi melaksanakan kutipan Skim Dana Wakaf Tunai UUM

Skim Wakaf
Kedah Muamalat

Inisiatif bersama antara MAIK dan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) dalam mengumpulkan dana wakaf tunai daripada orang ramai dan korporat

WAKAF MAIK

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

a) Menguruskan penerimaan wakaf daripada orang ramai.
b) Mentadbir dan menjaga harta-harta wakaf agar terpelihara dengan sempurna.
c) Memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat tentang konsep dan amalan wakaf yang sebenar.
d) Meningkatkan penghayatan amalan wakaf dikalangan masyarakat demi memastikan syiar Islam terus unggul.
e) Memastikan harta wakaf ditadbirkan dengan baik supaya masyarakat Islam mendapat faedah dari harta wakaf.
f) Menyelenggarakan dan mentadbir harta wakaf dengan baik sesuai dengan fungsi Majlis sebagai pemegang amanah kesemua wakaf.

WAKAF AM & WAKAF KHAS

Pembahagian Wakaf terdiri daripada dua iaitu :

i)  Wakaf Am – untuk tujuan kebajikan umum maslahat umat Islam

ii) Wakaf Khas – untuk tujuan kebajikan yang telah ditentukan oleh pewakaf seperti wakaf anakcucu/zuriat, masjid, tanah perkuburan, sekolah agama dan lain-lain.


Klik di sini untuk keseluruhan tanah Wakaf AM dan KHAS mengikut daerah di seluruh negeri Kedah.

Klik di sini untuk keseluruhan tanah Wakaf Tapak Perkuburan Islam mengikut daerah di seluruh negeri Kedah.
RUKUN WAKAF
Rukun wakaf mempunyai 4 perkara :

1. Pewakaf ( Al Wakif)
2. Harta yang diwakaf ( Al Mauquf)
3. Penerima wakaf (Al Mauquf Alaih)
4. Lafaz wakaf (Sighah Wakaf)
KONSEP WAKAF

Konsep wakaf ada 5 perkara :

1. Wakaf hendaklah terputus hakmilik atau sebarang tuntutan balik daripada pewakaf selepas ikrar lafaz wakaf.
2. Wakaf hendaklah terdiri daripada harta-harta yang memberi manfaat.
3. Wakaf hendaklah terdiri daripada harta-harta yang berkekalan ainnya.
4. Wakaf hendaklah dibuat secara berkekalan tanpa dihadkan sesuatu tempoh masa.
5. Wakaf hendaklah dibuat untuk tujuan kebajikan menurut hukum syarak.

SEWAAN HARTANAH / PREMIS WAKAF
Sila klik untuk ke halaman Hartanah Wakaf untuk di sewa.

TATACARA BERWAKAF

Langkah 1

Permohonan Wakaf

Mengisi borang lafaz wakaf am/khas di Pejabat Agama Daerah masing-masing dengan di sertakan salinan kad pengenalan, surat hakmilik tanah yang asal, resit cukai tanah dan pelan kawasan yang akan di wakafkan.

Langkah 2

Lafaz Ikrar

Melafazkan ikrar wakaf dihadapan Kadi/Pegawai Agama Daerah masing-masing.

Langkah 3

Permohonan Pindahmilik

Mengisi dan menandatangani borang 14A/12B bagi permohonan pindahmilik tanah di hadapan pentadbir tanah Daerah yang berkenaan.

Langkah 4

Pindahmilik

Permohonan diproses untuk ditukar menjadi hakmilik Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

BERITA WAKAF

PREMIS UNTUK DI SEWA

Sila klik di sini untuk ke halaman Hartanah Sewaan MAIK.
WordPress Table Plugin
See Our Work

Latest Projects

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.