Alih Bahasa:

Author picture

SEMINAR TABUNG WAKAF DAN PERKHIDMATAN MAIK PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR

ALOR SETAR KEDAH : 27 JULAI 2023Program Seminar Tabung Wakaf ini merupakan anjuran Bahagian Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Kedah(MAIK). Seminar ini diadakan bertujuan untuk membincangkan mengenai pengwujudan tabung skim dana wakaf tunai dan perkhidmatan yang disediakan MAIK.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Abd Ghani @ Zulkifli Bin Haji Zainuddin DSDK., DIMP., DSM., AMK., BCK., ASK. Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Seminar ini melibatkan peserta daripada Imam dan Jawatankuasa masjid bagi seluruh Daerah Kota Setar.

Slot 1 : Disampaikan Oleh Tuan Syeikh Fakhrurrazi bin Yub (Ketua Bahagian Wakaf MAIK) mengenai Prosedur Operasi Standard Tanah Perkuburan Islam. Tujuan SOP ini dibincangkan adalah untuk memantapkan lagi pengurusan tanah perkuburan Islam di Negeri Kedah. Tuan Syeikh Fakhrurrazi bin Yub juga turut membincangkan mengenai tujuan pengwujudan tabung skim dana wakaf tunai. Tujuan tabung ini diwujudkan adalah untuk mencapai beberapa matlamat utama iaitu mengumpul dana bagi menjalankan kerja-kerja pembangunan ekonomi dan sosial Umat Islam khususnya di Negeri Kedah. Seiring dengan pengwujudan tabung ini akan merancakkan lagi kutipan Wakaf Tunai di Negeri Kedah. Kewujudan Tabung ini juga akan Menjadi pemangkin kepada usaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk menjadikan wakaf sebagai instrumen kewangan baharu kepada Umat Islam khususnya di Negeri Kedah

 

Slot 2: Disampaikan oleh Tuan Syeikh Ahmad Zaki Bin Haji Ghazali, BCK. (Ketua Bahagian Baitulmal Negeri Kedah) mengenai Pengenalan Skim-Skim Baitulmal .Tuan Syeikh Ahmad Zaki bin Haji Ghazali memberi perkongsian mengenai skim-skim yang telah diwujudkan di bahagian Baitulmal MAIK.

Slot 3: Disampaikan oleh Tuan Syeikh Mohd Zamri Bin Bakar (Pengetua Pusba) perkongsian berkenaan Saudara Baharu iaitu tujuan penubuhan PUSBA dan pendidikan yang ditawarkan

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.