Alih Bahasa:

Author picture

SEMINAR TABUNG WAKAF DAN PERKHIDMATAN MAIK PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU

07 SEPTEMBER 2023 : Program Seminar Tabung Wakaf ini merupakan anjuran Bahagian Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Kedah(MAIK). Seminar ini diadakan bertujuan untuk membincangkan mengenai pengwujudan tabung skim dana wakaf tunai dan perkhidmatan yang disediakan MAIK.  Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Wira Syeikh Yahaya bin Jusoh, DGMK.,DSDK.,BCK. Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Seminar ini melibatkan peserta daripada Imam dan Jawatankuasa masjid bagi seluruh Daerah Kubang Pasu yang berlangsung di  dewan Masjid Jamek As Shahab Kepala Batas Jitra Kedah.

Slot 1 : Disampaikan Oleh Tuan Syeikh Fakhrurrazi bin Yub (Ketua Bahagian Wakaf MAIK) mengenai  Prosedur Operasi Standard Tanah Perkuburan Islam. Tujuan SOP ini dibincangkan adalah untuk memantapkan lagi pengurusan tanah perkuburan Islam di Negeri Kedah. Tuan Syeikh Fakhrurrazi bin Yub juga turut membincangkan mengenai tujuan pengwujudan tabung skim dana wakaf tunai. Tujuan tabung ini diwujudkan adalah untuk mencapai beberapa matlamat utama iaitu mengumpul dana bagi menjalankan kerja-kerja pembangunan ekonomi dan sosial Umat Islam  khususnya di Negeri Kedah. Seiring dengan pengwujudan tabung ini akan merancakkan lagi kutipan Wakaf Tunai di Negeri Kedah. Kewujudan Tabung ini juga akan Menjadi pemangkin kepada usaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk menjadikan wakaf   sebagai instrumen kewangan baharu kepada Umat Islam khususnya di Negeri Kedah

Slot 2: Disampaikan oleh Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi bin Zulkiflee (Ketua Unit Tabung Amanah Baitulmal Kedah) mengenai Pengenalan Skim-Skim Baitulmal. Di dalam slot 2, Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi bin Zulkiflee memberi perkongsian mengenai skim-skim yang telah diwujudkan di bahagian Baitulmal MAIK.

Slot 3: Disampaikan oleh Tuan Syeikh Mohd Zamri Bin Bakar (Pengetua Pusba) perkongsian berkenaan Saudara Baharu, tujuan penubuhan dan pendidikan yang ditawarkan oleh PUSBA.

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.