Alih Bahasa:

Author picture

PROGRAM SIRI ROADSHOW KESEDARAN BERWAKAF PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2022

Alor Setar (27 september 2022) – Bahagian Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dengan kerjasama Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) dan Yayasan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah mengadakan Program Siri Roadshow Kesedaran Berwakaf Peringkat Negeri Kedah 2022 bagi daerah Kota Setar.

Program ini merupakan hasil inisiatif Bahagian Wakaf MAIK di dalam usaha untuk memperluaskan promosi dan meningkatkan kesedaran mengenai wakaf yang merupakan antara elemen kekuatan umat Islam. Program ini telah dirasmikan oleh Sohibul Fadhilah Dato’ Wira Syeikh Yahya bin Jusoh, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan melibatkan peserta daripada kalangan Pengetua dan Guru Besar sekolah serta pelbagai agensi kerajaan di daerah Kota Setar.

Program Siri Roadshow ini dimulai dengan taklimat yang disampaikan oleh Tuan Syeikh Fakhrurrazi bin Yub bertajuk Wakaf Amalan Sedekah Di Hujung Jari. Taklimat berikutnya disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin bertajuk Pengurusan Wakaf di Peringkat Persekutuan.
Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.