WAKAF MAIK
a) Menguruskan penerimaan wakaf daripada orang ramai.
b) Mentadbir dan menjaga harta-harta wakaf agar terpelihara dengan sempurna.
c) Memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat tentang konsep dan amalan wakaf yang sebenar.
d) Meningkatkan penghayatan amalan wakaf dikalangan masyarakat demi memastikan syiar Islam terus unggul.
e) Memastikan harta wakaf ditadbirkan dengan baik supaya masyarakat Islam mendapat faedah dari harta wakaf.
f) Menyelenggarakan dan mentadbir harta wakaf dengan baik sesuai dengan fungsi Majlis sebagai pemegang amanah kesemua wakaf.
Pembahagian Wakaf terdiri daripada dua iaitu :
i)Â Wakaf Am – untuk tujuan kebajikan umum maslahat umat Islamii) Wakaf Khas – untuk tujuan kebajikan yang telah ditentukan oleh pewakaf seperti wakaf anakcucu/zuriat, masjid, tanah perkuburan, sekolah agama dan lain-lain.
Klik di sini untuk keseluruhan tanah Wakaf AM dan KHAS mengikut daerah di seluruh negeri Kedah.
Klik di sini untuk keseluruhan tanah Wakaf Tapak Perkuburan Islam mengikut daerah di seluruh negeri Kedah.
1. Pewakaf ( Al Wakif)
2. Harta yang diwakaf ( Al Mauquf)
3. Penerima wakaf (Al Mauquf Alaih)
4. Lafaz wakaf (Sighah Wakaf)
Konsep wakaf ada 5 perkara :
1. Wakaf hendaklah terputus hakmilik atau sebarang tuntutan balik daripada pewakaf selepas ikrar lafaz wakaf.
2. Wakaf hendaklah terdiri daripada harta-harta yang memberi manfaat.
3. Wakaf hendaklah terdiri daripada harta-harta yang berkekalan ainnya.
4. Wakaf hendaklah dibuat secara berkekalan tanpa dihadkan sesuatu tempoh masa.
5. Wakaf hendaklah dibuat untuk tujuan kebajikan menurut hukum syarak.