Alih Bahasa:

Author picture

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DIANTARA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DAN TAKAFUL IKHLAS FAMILY BERHAD (TIFB)

Alor Setar (21 Mac 2024) Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB) telah diadakan bertujuan untuk menjalinkan Kerjasama bagi menarik minat para masyarakat khususnya di negeri Kedah untuk mencarum di dalam Takaful sambil berwakaf di Majlis Agama Islam Negeri Kedah. 

Syarikat Takaful Ikhlas Family merupakan sebuah syarikat di bawah PNB dan MNRB Berhad yang merupakan GLC di bawah Kementerian Kewangan.   Wakaf takaful adalah salah satu inovasi yang sangat unik dan inovasi yang dilakukan iaitu hibbah kematian kepada wakaf adalah satu perkembangan yang baik dalam penyaluran manfaat wakaf khususnya kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Hibah wakaf adalah salah satu usaha Syarikat Takaful Ikhlas untuk menggalakkan pencarum supaya mencarum sambil berwakaf.  Manfaat yang diwakafkan akan digunakan bagi tujuan untuk melaksanakan projek ekonomi dan sosial umat islam di Negeri Kedah.

Selain itu, kolaborasi strategik yang dimeterai hari ini diantara MAIK dan Syarikat Takaful Ikhlas Family Berhad akan membuka peluang kepada pencarum takaful di seluruh Malaysia untuk berwakaf sebahagian pampasan kematian kepada Institusi Agama Khususnya Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Perjanjian Memorandum Persefahaman (MOU) ini telah ditandatangani oleh Dato’ Dr.Haji Abd.Ghani@Zulkifli Bin Haji Zainuddin, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan Tuan Jafni Bin Abd Jalil, Naib President Kanan dan Ketua Pegawai Komersil , Agensi Takaful Ikhlas Family Berhad yang disaksikan oleh Dato’ Wira Syeikh Yahaya Bin Jusoh, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.