Alih Bahasa:

Author picture

MAJLIS HI-TEA WAKAF BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI AGENSI AGAMA NEGERI KEDAH

Majlis Hi-Tea Wakaf bersama Pegawai-Pegawai Agensi Agama di Negeri Kedah telah diadakan di Ballroom 1, Raia Hotel & Convention Centre, Alor Setar.  Seramai 85 orang Pegawai melibatkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Pejabat Agama Daerah seluruh Negeri Kedah, Jabatan Mufti Negeri Kedah, Jabatan Mahkamah Negeri Kedah, Lembaga Zakat Negeri Kedah, Yayasan Islam Negeri Kedah dan Universiti Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah telah menghadirkan diri di program ini yang dirasmikan oleh Timbalan Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Majlis penyerahan Mock Cek Kutipan Dana Wakaf Tunai bernilai RM450,924.28, bagi pembinaan Masjid Al-Hidayah Kampung Bendang Cherok Changloon, Daerah Kubang Pasu turut diserahkan kepada Jawatankuasa Masjid Kariah Bendang Cherok, Daerah Kubang Pasu.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan semua Pegawai dan kakitangan di seluruh Agensi Agama di Negeri Kedah Darul Aman membuat potongan gaji secara bulanan bagi Wakaf Tunai.

Hasil dana Wakaf Tunai ini akan disalurkan bagi Pembinaan Masjid, Surau, Sekolah Agama dan pelbagai jenis manfaat untuk kepentingan agama, kebajikan, serta pembangunan sosio ekonomi ummah.

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.