Alih Bahasa:

Author picture

SEMINAR TABUNG WAKAF DAN PERKHIDMATAN MAIK PERINGKAT DAERAH LANGKAWI BAGI TAHUN 2023

LANGKAWI (29 NOVEMBER 2023)- Seminar Tabung Wakaf dan Perkhidmatan MAIK ini merupakan anjuran Bahagian Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK).  Seminar ini diadakan bertujuan untuk membincangkan mengenai pengwujudan Tabung Skim Dana Wakaf Tunai dan Perkhidmatan yang disediakan MAIK.  Seminar ini melibatkan peserta daripada Imam dan Jawatankuasa Masjid dan Surau bagi seluruh daerah Langkawi yang berlangsung di Baron Ballroom, De Baron Resort, Langkawi Kedah.

Slot 1: Disampaikan Oleh Tuan Syeikh Fakhrurrazi bin Yub (Ketua Bahagian Wakaf MAIK) mengenai  Prosedur Operasi Standard Tanah Perkuburan Islam.  Tujuan SOP ini dibincangkan adalah untuk memantapkan lagi pengurusan tanah perkuburan Islam di Negeri Kedah. Tuan Syeikh Fakhrurrazi bin Yub juga turut membincangkan mengenai tujuan pengwujudan Tabung Skim Dana Wakaf Tunai. Tujuan tabung ini diwujudkan adalah untuk  mengumpul dana bagi menjalankan kerja-kerja pembangunan ekonomi dan sosial Umat Islam khususnya di negeri Kedah.  Seiring dengan pengwujudan tabung ini akan merancakkan lagi kutipan Wakaf Tunai di negeri Kedah.  Kewujudan Tabung ini juga akan menjadi pemangkin utama kepada usaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk menjadikan wakaf tunai sebagai instrumen kewangan baharu kepada Umat Islam khususnya di negeri Kedah.

Slot 2: Disampaikan oleh Tuan Syeikh Ahmad Zaki Bin Haji Ghazali (Ketua Bahagian Baitulmal MAIK) mengenai Pengenalan Skim-Skim Baitulmal.  Di dalam slot 2 juga, beliau memberi perkongsian mengenai skim-skim yang telah diwujudkan di bahagian Baitulmal MAIK antaranya Skim Fidyah dan Kaffarah, Skim Infaq Fi Sabilillah, Skim Luqatah dan Skim Wang Tidak Patuh Syariah.

Slot 3: Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (PUSBA) merupakan pusat bimbingan  pengajian Islam bagi saudara baru yang telah memeluk Agama Islam.  Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Ustaz Ramli Bin Abdullah selaku tenaga pengajar di situ.  Beliau juga  memberi perkongsian berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PUSBA.

Program ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman iaitu Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani@Zulkifli Bin Haji Zainuddin.

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.