Alih Bahasa:

Wakaf

"Satu Tindakan, Banyak Manfaat: Wakaf untuk Masa Depan yang Lebih Baik"

Skim Dana
Wakaf Tunai

Hasil kutipan Skim Dana Wakaf Tunai MAIK akan dibeli ganti dengan harta kekal untuk kemaslahatan umum umat Islam

Skim Dana
Wakaf UUM

Perjanjian usahasama diantara MAIK dan UUM bagi melaksanakan kutipan Skim Dana Wakaf Tunai UUM

Skim Wakaf
Kedah Muamalat

Inisiatif bersama antara MAIK dan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) dalam mengumpulkan dana wakaf tunai daripada orang ramai dan korporat

Kutipan Semasa Skim Dana Wakaf Tunai Bagi Tahun 2022

INFO WAKAF MAIK

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

a) Menguruskan penerimaan wakaf daripada orang ramai.
b) Mentadbir dan menjaga harta-harta wakaf agar terpelihara dengan sempurna.
c) Memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat tentang konsep dan amalan wakaf yang sebenar.
d) Meningkatkan penghayatan amalan wakaf dikalangan masyarakat demi memastikan syiar Islam terus unggul.
e) Memastikan harta wakaf ditadbirkan dengan baik supaya masyarakat Islam mendapat faedah dari harta wakaf.
f) Menyelenggarakan dan mentadbir harta wakaf dengan baik sesuai dengan fungsi Majlis sebagai pemegang amanah kesemua wakaf.

WAKAF AM & WAKAF KHAS

Pembahagian Wakaf terdiri daripada dua iaitu :

i)  Wakaf Am – untuk tujuan kebajikan umum maslahat umat Islam

ii) Wakaf Khas – untuk tujuan kebajikan yang telah ditentukan oleh pewakaf seperti wakaf anakcucu/zuriat, masjid, tanah perkuburan, sekolah agama dan lain-lain.


Klik di sini untuk keseluruhan tanah Wakaf AM dan KHAS mengikut daerah di seluruh negeri Kedah.

Klik di sini untuk keseluruhan tanah Wakaf Tapak Perkuburan Islam mengikut daerah di seluruh negeri Kedah.
RUKUN WAKAF
Rukun wakaf mempunyai 4 perkara :

1. Pewakaf ( Al Wakif)
2. Harta yang diwakaf ( Al Mauquf)
3. Penerima wakaf (Al Mauquf Alaih)
4. Lafaz wakaf (Sighah Wakaf)
KONSEP WAKAF

Konsep wakaf ada 5 perkara :

1. Wakaf hendaklah terputus hakmilik atau sebarang tuntutan balik daripada pewakaf selepas ikrar lafaz wakaf.
2. Wakaf hendaklah terdiri daripada harta-harta yang memberi manfaat.
3. Wakaf hendaklah terdiri daripada harta-harta yang berkekalan ainnya.
4. Wakaf hendaklah dibuat secara berkekalan tanpa dihadkan sesuatu tempoh masa.
5. Wakaf hendaklah dibuat untuk tujuan kebajikan menurut hukum syarak.

SEWAAN HARTANAH / PREMIS WAKAF
Sila klik untuk ke halaman Hartanah Wakaf untuk di sewa.

Informasi

Tatacara Berwakaf

Permohonan Wakaf

Mengisi borang lafaz wakaf am/khas di Pejabat Agama Daerah masing-masing dengan di sertakan salinan kad pengenalan, surat hakmilik tanah yang asal, resit cukai tanah dan pelan kawasan yang akan di wakafkan.

Lafaz Ikrar

Melafazkan ikrar wakaf dihadapan Kadi/Pegawai Agama Daerah masing-masing.

Permohonan Pindahmilik

Mengisi dan menandatangani borang 14A/12B bagi permohonan pindahmilik tanah di hadapan pentadbir tanah Daerah yang berkenaan.

Pindahmilik

Permohonan diproses untuk ditukar menjadi hakmilik Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

PEMBANGUNAN HARTANAH WAKAF

Projek Pembangunan Sosial & Ekonomi

Projek Pembangunan Skim Dana Wakaf Tunai

PROJEK PEMBANGUNAN SOSIAL

Projek pembangunan sosial ini terbahagi kepada 2 iaitu yang melibatkan dana dari Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan juga dari lain-lain sumber.

PROJEK PEMBANGUNAN EKONOMI

Projek pembangunan ekonomi pula terbahagi kepada 2 iaitu yang melibatkan sumber dari dana Wakaf Tunai dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah


Hartanah Berpotensi

Tanah Wakaf Untuk Dibangunkan

Berikut merupakan hartanah wakaf yang berpotensi untuk dibangunkan dan terbuka kepada syarikat atau individu yang berminat.

Bagi yang berminat, boleh berhubung dengan Bahagian Pembangunan Hartanah (BPH), Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenainya.

Klik butang di bawah untuk mendapatkan butiran mengenai hartanah yang ditawarkan.

KAMPUNG BENCAH SAWA, MUKIM SIONG, BALING KEDAH

LIMBONG KAPAL, DAERAH KOTA SETAR, ALOR SETAR, KEDAH


Rumah Kedai

Sewaan Wakaf

Aktiviti Semasa

Berita Wakaf

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DIANTARA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DAN TAKAFUL IKHLAS FAMILY BERHAD (TIFB)
21Mar

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DIANTARA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DAN TAKAFUL IKHLAS FAMILY BERHAD (TIFB)

Alor Setar (21 Mac 2024) Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Majlis Agama Islam…

MAJLIS HI-TEA WAKAF BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI AGENSI AGAMA NEGERI KEDAH
29Feb

MAJLIS HI-TEA WAKAF BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI AGENSI AGAMA NEGERI KEDAH

Majlis Hi-Tea Wakaf bersama Pegawai-Pegawai Agensi Agama di Negeri Kedah telah diadakan di Ballroom 1,…

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR) DAN YAYASAN WAQAF MALAYSIA (YWM) KE MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH
15Jan

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR) DAN YAYASAN WAQAF MALAYSIA (YWM) KE MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

ALOR SETAR (14 JANUARI 2024) – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah menerima kunjungan…

PROGRAM ROADSHOW KESEDARAN BERWAKAF PERINGKAT NEGERI KEDAH BAGI TAHUN 2023 (LANGKAWI)
04Dec

PROGRAM ROADSHOW KESEDARAN BERWAKAF PERINGKAT NEGERI KEDAH BAGI TAHUN 2023 (LANGKAWI)

LANGKAWI (30 November 2023) – Bahagian Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dengan kerjasama…

Muat Turun

Borang-Borang Wakaf

Borang Permohonan Pemotongan Gaji Untuk Skim Dana Wakaf Tunai

Borang Permohonan Sewa Hartanah Premis Wakaf


Untuk Sebarang Pertanyaan

Hubungi Kami

ALAMAT

WAKTU BERURUSAN

See Our Work

Latest Projects

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.