Kepada yang berminat untuk menyewa hartanah Baitulmal, sila dapatkan borang permohonan di portal Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) atau datang ke Bahagian Pembangunan Hartanah (BPH), MAIK untuk mendapatkan borang sewaan dan keterangan lebih lanjut berkenaan hartanah yang ditawarkan. Klik butang di bawah untuk melihat premis yang ditawarkan.
Penubuhan Baitulmal
Baitulmal Negeri Kedah telah ditubuhkan pada tahun 1962 secara rasminya di bawah Seksyen 102 dan 172 (Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah) No 9 Tahun 1962 dan telah diperbaharui di dalam Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 di bawah Seksyen 47.
Pengurusan Baitulmal dilaksanakan pada awalnya berpandukan Peratoran Baitul-mal 1970 di bawah Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 1962 dan telah dikemaskini dibawah Peraturan-Peraturan Baitulmal (Kedah Darul Aman) 2021 pada 01 September 2021 mengikut Enakmen Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 untuk menggantikan Peratoran Baitul – Mal 1970.
Jawatankuasa Baitulmal.
Menurut Peraturan-Peraturan Baitulmal (Kedah Darul Aman) 2021, pelaksanaan fungsi dan peranan Baitulmal hendaklah dilaksanakan melalui satu jawatankuasa dan jawatankuasa perlu dilantik oleh Majlis di bawah Peraturan 8 (1) “Majlis hendaklah menubuhkan suatu Jawatankuasa yang bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan semua perkara yang berhubungan dengan Baitulmal di bawah Peraturan-Peraturan ini”.
Keanggotaan Jawatankuasa
1) Timbalan Yang Dipertua MAIK
2) Mufti
3) Penasihat Undang-Undang Negeri
4) Setiausaha MAIK
5) Pengarah Tanah Dan Galian Negeri
6) Dua orang anggota lain yang dilantik oleh MAIK daripada orang Islam yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam pengurusan dan pembangunan harta Baitulmal.
Peranan Jawatankuasa
Peranan utama Jawatankuasa Baitulmal ialah seperti berikut:
a) Untuk menjalankan apa-apa arahan, dasar atau keputusan yang dibuat oleh Majlis berhubung dengan Baitulmal;
b) Untuk mengawal selia dan memantau pengurusan, pelaksanaan, pembangunan dan pelaburan wang atau harta Baitulmal;
c) Untuk menasihati dan membuat syor kepada Majlis dalam perkara yang berhubungan dengan pengurusan dan pentadbiran Baitulmal, pelaksanaan, pembangunan dan pelaburan wang atau harta Baitulmal;
d) Untuk meluluskan anggaran belanjawan tahunan wang atau harta Baitulmal.
e) Untuk melaksanakan pembelian, penjualan, dan pelupusan wang atau harta Baitulmal;
f) Untuk melaksanakan pemberian, pembiayaan, sumbangan, pinjaman, dan bantuan daripada wang atau harta Baitulmal;
g) Untuk mengurus, mentadbir dan mengendalikan skim-skim di bawah Baitulmal serta segala perbelanjaan berkaitan dengannya; dan
h) Untuk menjalankan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan ini atau yang diarahkan oleh Majlis dari semasa ke semasa.
Sumber Baitulmal
Baitulmal hendaklah terdiri daripada semua wang dan harta, alih atau tidak alih, yang menurut hukum syarak atau di bawah Enakmen ini atau Peraturan kaedah yang dibuat dibawahnya, terakru, atau disumbangkan oleh mana-mana orang kepada Baitulmal. Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Baitulmal ( Kedah Darul Aman) 2021 di bawah Peraturan 17 telah mendefinisikan wang atau harta itu termasuklah wang atau harta daripada sumber-sumber seperti berikut :
a) Harta Pusaka;
b) Luqatah;
c) Wang atau Harta Tidak Patuh Syariah
d) Hutang kepada pemiutang atau waris kepada pemiutang yang tidak dapat dikesan;
e) Wang Khul’ yang tidak dituntut;
f) Hibah;
g) Wasiat;
h) Infak Fisabilillah;
i) Lain-lain sumber hasil yang ditentukan oleh Majlis.
Pengenalan Unit Tabung Amanah Baitulmal Kedah (TABK)
Ditubuhkan di bawah Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah pada tahun 2014. Penubuhan unit TABK ini adalah kesinambungan daripada penubuhan Amanah Baitulmal Kedah (ABK).
Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Kedah yang bersidang pada 7 September 1993 telah bersetuju dengan cadangan bagi menubuhkan satu Tabung Amanah bagi menerima wang-wang faedah yang disumbangkan oleh pemegang akaun Bank Simpanan Nasional.
Pihak Bank Simpanan Nasional mencadangkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah supaya wang-wang tersebut diserahkan kepada Baitulmal memandangkan terdapat pemegang akaun beragama Islam yang membiarkan dan tidak mengambil wang faedah tersebut.
Objektif Penubuhan Tabung Amanah Baitulmal Kedah (TABK)
1) Objektif penubuhan TABK adalah untuk mendapatkan sumber dan hasil baru bagi Baitulmal yang berlandaskan Hukum Syara'.
2) Menyediakan kemudahan alternatif kepada umat Islam untuk berwakaf mengikut kemampuan.
3) Menyediakan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan masyarakat.
4) Melaksanakan kaedah pengurusan yang lebih sistematik, sebagai tempat rujukan, perundingan dan kaunseling kepada masyarakat.
Tujuan TABK ditubuhkan adalah untuk meningkatkan hasil Baitulmal melalui sumber baru iaitu :
1) Fidyah & Kafarah
2) Wang Atau Harta Yang Tidak Patuh Syariah
3) Infak Fisabilillah
4) Luqatah (Barang Yang Tercicir)
Piagam pelanggan Bahagian Baitulmal menetapkan perkara-perkara berikut perlu dipatuhi untuk memastikan khidmat yang diberi kepada pelanggan adalah efisyen dan memuaskan :
1) Melaksanakan proses penjualan/penyewaan tanah adalah mengikut prosedur dan kriteria yang ditetapkan bagi pemohon yang terdiri daripada waris si mati, penama dalam geran, pengusaha tanah atau orang ramai dalam tempoh 1 bulan selepas permohonan diterima.
2) Menguruskan permohonan pembelian tanah pangguan Baitulmal daripada pemohon dalam tempoh 90 hari selepas permohonan diterima.
3) Menguruskan permohonan bantuan seperti Bantuan Am, Bencana Alam, Perubatan dan lain-lain bantuan dalam tempoh 2 minggu selepas permohonan diterima.
4) Menguruskan permohonan bantuan kecemasan di antara 20 hingga 60 minit mengikut jenis kecemasan dan tempoh siasatan selepas permohonan diterima.
Kutipan Fidyah
Wang Tidak Patuh Syariah
Kutipan Infak Fisabilillah
Cara pembayaran sewa menggunakan QR Kod SnapNPay dan Jompay.
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan
Jenis-jenis bantuan Baitumal untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan mengikut syarat dan kelayakan permohonan.
Prosuder permohonan pembelian balik bahagian Baitulmal.
Jan: RM2,100.00
Feb: RM8,400.00
Mac: RM12,650.00
April: RM5,250.00
Mei:RM18,100.00
Jun:
Julai:
Ogos:
Sept:
Okt:
Nov:
Dis:
Jan: RM0.00
Feb: RM18,000.00
Mac: RM16,000.00
April: RM64,000.00
Mei:RM19,200.00
Jun:
Julai:
Ogos:
Sept:
Okt:
Nov:
Dis:
Jan: RM2,000.00
Feb: RM11,400.00
Mac: RM22,000.00
April: RM10,000.00
Mei:RM18,200.00
Jun:
Julai:
Ogos:
Sept:
Okt:
Nov:
Dis:
Jan: RM500.00
Feb: RM0.00
Mac: RM0.00
April: RM0.00
Mei:RM0
Jun:
Julai:
Ogos:
Sept:
Okt:
Nov:
Dis:
Januari: RM4,200.00
Feb: RM0.00
Mac: RM2,000.00
April: RM12,000.00
Mei:RM0
Jun:
Julai:
Ogos:
Sept:
Okt:
Nov:
Dis:
Januari: RM550.00
Feb: RM710.00
Mac: RM1230.00
April: RM2,010.00
Mei:RM255.00
Jun:
Julai:
Ogos:
Sept:
Okt:
Nov:
Dis:
Tarikh Muat Naik: Jan 2022
Size: 2 MB
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH
Bangunan Wan Mat Saman, 05000 Alor Setar,
Kedah Darul Aman
Pembayaran secara JomPay Online dapat dibuat melalui perbankan internet dan Telefon Mudah Alih dengan akaun semasa, simpanan atau kad kredit.
Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK)tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.
Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)
Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.
Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-
1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran
# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.