Alih Bahasa:

Baitulmal

Majlis Agama Islam Negeri Kedah

Menyediakan maklumat, perkhidmatan, bantuan serta membuka peluang untuk orang ramai yang berkelayakan di dalam menjana pendapatan  bagi menampung perbelanjaan harian disamping menaiktaraf kehidupan yang lebih baik.


PROSEDUR TEBUS BALIK HARTA PUSAKA

PANGGUAN BAITULMAL

1

TATACARA / PROSEDUR PEMBELIAN BALIK PANGGUAN BAITULMAL YANG TELAH DIDAFTARKAN DALAM SURAT HAKMILIK

Klik Di Sini


TATACARA / PROSEDUR PEMBELIAN BALIK PANGGUAN BAITULMAL YANG TELAH DIDAFTARKAN DALAM SURAT HAKMILIK

1. Surat Permohonan Beli Balik
2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon/Waris
3. Salinan Surat Hakmilik
4. Salinan Carian Rasmi Terkini
5. Surat Persetujuan Pemilik Bersama Dalam Surat Hakmilik


Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan bagi pembelian balik pangguan yang telah "Didaftarkan Dalam Surat Hakmilik"


2

TATACARA / PROSEDUR PEMBELIAN BALIK HARTA (PANGGUAN) BAITULMAL MELALUI BORANG F JKPTG

Klik Di Sini


TATACARA / PROSEDUR PEMBELIAN BALIK HARTA (PANGGUAN) BAITULMAL MELALUI BORANG F JKPTG

1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
2. Salinan Sijil Faraid
3. Salinan Borang F (Jkptg)
4. Salinan Surat Hakmilik @ Carian Rasmi Terkini


Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan bagi pembelian balik melalui "Borang F JKPTG"

3

TATACARA / PROSEDUR PEMBELIAN BALIK HARTA (PANGGUAN) BAITULMAL MELALUI SURAT ARAHAN JKPTG (KEPUTUSAN PERBICARAAN)

Klik Di Sini


TATACARA / PROSEDUR PEMBELIAN BALIK HARTA (PANGGUAN) BAITULMAL MELALUI SURAT ARAHAN JKPTG (KEPUTUSAN PERBICARAAN)

1. Salinan Surat Arahan Jkptg
2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
3. Salinan Surat Hakmilik (Jika Ada)


 

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan bagi pembelian balik melalui "Surat Arahan JKPTG"

KALKULATOR FIDYAH

GOLONGAN YANG PERLU MEMBAYAR FIDYAH

Uzur Menunaikan Puasa Wajib

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

Perempuan Hamil

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada') puasa yang ditinggalkan.

Melambatkan Ganti Puasa

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada') puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan

Ibu Yang Menyusukan Anak

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

Orang Yang Telah Meninggal Dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

WANG TIDAK PATUH SYARIAH

PERKHIDMATAN

Wang @ Harta Yang Tidak Patuh Syariah

ditakrifkan sebagai sebarang bentuk pendapatan atau perolehan hasil daripada perbuatan atau transaksi yang bertentangan dengan HUKUM SYARAK

SALURAN PERBANKAN

KATEGORI WANG / HARTA HARAM

Perjudian

aktiviti atau permainan yang mana seseorang bertaruh wang atau barang berharga dengan tujuan mengaut keuntungan dari segi wang atau bahan lain.

Riba

pengambilan tambahan dari harta pokok (modal) secara bathil.

Gharar

ketidakpastian dalam transaksi yang diakibatkan dari tidak terpenuhinya ketentuan syariah dalam transaksi tersebut

Rasuah

perbuatan memberi atau menerima sesuatu suapan berbentuk wang tunai atau barangan berharga sebagai upah bagi melakukan sesuatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang itu.

Penipuan

mendapatkan keuntungan hasil daripada penipuan yang merugikan individu lain baik dalam masalah jual-beli, maupun dalam seluruh macam mu'amalah.

Harta Syubhah

wang/harta yang dihasilkan daripada aktiviti yang tidak diketahui status halal atau haram dan bercampur dengan perkara yang dilarang oleh syariah.

INFAK FI SABILILLAH

Infak merupakan suatu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam. Infak bermaksud sesuatu sumbangan wang tunai yang bernilai kepada individu yang memerlukan dengan penuh keikhlasan serta mengharapkan ganjaran pahala semata- mata daripada Allah S.W.T

Menurut dari segi bahasa Infaq berasal dari perkataan “anfaqa” yang bermaksud mengeluarkan harta untuk kepentingan sesuatu.

Dari segi istilah syarak Infak adalah mengeluarkan sebahagian harta yang diperintahkan  dalam Islam.


KUTIPAN MENCAPAI SASARAN

: Jumlah Kutipan - RM 100,000.00
Masjid Al-A'la, Kariah Pekan Jitra 100%

CADANGAN PROJEK BARU

Klik senarai pilihan di atas untuk projek yang ingin DISUMBANG....

LUQATAH

Prosedur penyerahan harta Luqatah kepada Baitulmal MAIK

  1. Penemu hendaklah menyerahkan “ Harta Luqatah ” yang dijumpai ke Baitulmal atau Pejabat Agama Daerah.
  2. Penemu perlu mengisi borang serahan dan menyerahkan “ Harta Luqatah ” kepada pegawai yang bertanggungjawab.
  3. Satu surat akuan penerima akan diberikan sebagai bukti serahan.
  4. Sekiranya tidak dituntut dalam tempoh hebahan selama 1 tahun, pihak Baitulmal akan membuat proses pelupusan melalui kaedah lelongan ataupun tender
No. Akaun:
0210 0410 0033 1309
Baitulmal Negeri Kedah

Hubungi Kami

Sila hubungi kami sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.