Alih Bahasa:

Author picture

MAJLIS PENYERAHAN DAGING KORBAN DAN SUMBANGAN BAITULMAL BAGI TAHUN 1444H/2023M

PADANG TERAP (30 Jun 2023) – Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah dan anakanda, Yang Teramat Mulia Tunku Sulaiman Badlishah Bin Tuanku Sarafudin Badlishah berkenan berangkat ke Masjid Al Halimi, Kampung Labi, Kuala Nerang Kedah untuk menyempurnakan Majlis Penyerahan Daging Korban Dan Sumbangan Baitulmal Bagi Tahun 1444H/2023M.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohammad Yusoff Bin Haji Zakaria, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah mewakili YAB Menteri Besar Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan Bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah, Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Abdul Rahman Bin Haji Abdullah, Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Yang Berhormat Ustaz Nurul Amin Bin Hamid, Ahli Parlimen Padang Terap, Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Zainuddin, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Yang berusaha Encik Azmin Bin Zainol Abidin, Pegawai Daerah Padang Terap , Pegawai-Pegawai MAIK dan Pejabat Agama Daerah Padang Terap serta ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Al Halimi, Kampung Labi, Kuala Nerang, Kedah.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Yang Berusaha Tuan Syeikh Ahmad Muzammil Bin Yub, Pegawai Agama Daerah Padang Terap dan diteruskan dengan ucapan aluan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Zainuddin, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah.  Di dalam ucapan aluan tersebut, beliau menyeru dan mengajak golongan yang berkemampuan untuk sama-sama membantu golongan yang kurang berkemampuan bagi menerapkan nilai kasih sayang sesama masyarakat.

Disamping itu, beliau juga turut mengajak golongan yang berkemampuan untuk sama-sama menjadikan ibadah korban yang sangat dituntut ini sebagai ibadah tahunan untuk dilaksanakan, sama ada di peringkat keluarga mahupun dalam kelompok masyarakat sebagai tanda rasa syukur dan berterima kasih kepada Allah Subhanahu Wata’ala di atas segala nikmat dan rezeki yang dikurniakanNya.

Seterusnya Baginda perkenan menyampaikan sumbangan Baitulmal kepada 60 orang penerima yang kurang berkemampuan terdiri daripada anak kariah masjid dan menyampaikan sumbangan kepada pihak masjid serta baginda juga turut perkenan menyampaikan ampun kurnia kepada kanak-kanak yang hadir. Majlis diteruskan dengan acara bergambar kenangan bersama pegawai -pegawai Kerajaan Negeri Kedah serta Ahli Jawatankuasa Masjid Al Halimi.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah perkenan untuk menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut dan baginda berangkat pulang kira kira jam 02.30 petang.

Menjunjung kasih Tuanku.

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.