Alih Bahasa:

Author picture

MAJLIS KURNIAAN KELUARGA DIRAJA SULTAN NEGERI KEDAH DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN FIDYAH BAGI TAHUN 1445H/2024M

SIK (07 MAC 2024) – Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berkenan berangkat untuk menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Fidyah Bagi Tahun 1445H/2024 anjuran Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah yang diadakan di perkarangan Masjid As-Salam, Chepir

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Hj Awang (Mufti Negeri Kedah Darul Aman), Yang Berbahagia Dato’ Seri Setia Diraja Dato’ Paduka Haji Bakar bin Din (Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja), Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani @ Zulkifli bin Zainuddin (Setiausaha MAIK), Yang Berusaha Tuan Mahamad Suhaimi bin Man, Pegawai Daerah Sik, Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Ismi Anuar bin Abdul Halim, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Yang Berusaha Tuan Syeikh Mohd Rasydan bin A Rahman, Penolong Pegawai Agama Daerah Sik dan pegawai-pegawai daripada Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Baginda berkenan menyampaikan sumbangan Fidyah bagi tahun 1445H kepada 150 orang penerima yang terdiri daripada anak kariah Masjid As Salam dan baginda berkenan menyampaikan sumbangan kepada pihak masjid berbentuk mock-cheque. Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah turut menyempurnakan Kurniaan Keluarga Di Raja Sultan Negeri Kedah untuk diagihkan kepada 1,300 keluarga yang memerlukan di seluruh daerah di Negeri Kedah. Kurniaan berbentuk mock cheque tersebut telah disampaikan melalui Pegawai-Pegawai Daerah seluruh Negeri Kedah.

Sementara itu, menurut Setiausaha MAIK, majlis sumbangan yang diadakan pada hari ini yang memperuntukan sebanyak RM75,000.00 untuk diagihkan kepada 150 orang penerima dalam bentuk beras dan kit makanan merupakan simbolik kepada agihan sumbangan Fidyah oleh pihak Baitulmal. Pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah mengagihkan Sumbangan Fidyah kepada fakir miskin bagi tahun 1445H ialah sebanyak RM2,205,000.00 kepada 8,820 orang melalui 588 buah masjid di seluruh Negeri Kedah.

Tambahannya lagi, pihak Baitulmal juga telah bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) khususnya Bahagian Pendidikan bagi mengagihkan bantuan fidyah melalui Sekolah-sekolah Agama Rakyat yang terpilih di Negeri Kedah dalam bentuk tajaan bayaran makan kepada pelajar-pelajar miskin yang melibatkan peruntukan sebanyak RM833,310.00 untuk 31 buah sekolah dan RM312,000.00 untuk 39 buah pondok. Jumlah keseluruhan agihan fidyah kepada institusi pendidikan bagi tahun 1445H ialah sebanyak RM1,145,310.00. Secara keseluruhannya pihak Baitulmal telah mengagihkan hasil kutipan fidyah bagi tahun 1445H ialah sebanyak RM3,425,310.00.

Yang Berbahagia Dato’ Setiausaha MAIK turut memaklumkan pihak pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah melaksanakan pindaan Peraturan-Peraturan Baitulmal yang diwartakan pada 29 Februari 2024 dan akan berkuat kuasa pada 12 Mac 2024. Pindaan ini melibatkan penetapan kadar fidyah atau kafarah mengikut nilai satu per empat daripada kadar zakat fitrah yang ditentukan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah dan caj perkhidmatan bagi bayaran fidyah atau kafarah akan dikenakan sebanyak 15% daripada nilai bayaran fidyah atau kafarah.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah turut berkenan menyempurnakan acara bergambar kenangan bersama pegawai -pegawai Kerajaan Negeri Kedah serta Ahli Jawatankuasa Masjid As Salam. Baginda berangkat meninggalkan majlis kira kira jam 11.15 pagi.

Menjunjung kasih Tuanku.

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.