Alih Bahasa:

Author picture

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI BAGI TAHUN 1445H / 2024M ANJURAN BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

28 Mac 2024 (Kuala Muda): Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah perkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Bagi Tahun 1445H/2024M Anjuran Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah yang bertempat di Masjid Al Majidi Sungai Layar, di sini, hari ini.
 
Keberangkatan tiba Tuanku Raja Muda Kedah disambut oleh Yang Berhormat Tuan Haji Zubir Bin Ahmad (Speaker DUN mewakilI YAB Menteri Besar Kedah), Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Haji Awang (Mufti Negeri Kedah), Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Abd Rahman Bin Abdullah (Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah Darul Aman) dan Yang Berbahagia Dato’ Dr Haji Abdul Ghani @ Zulkifli Bin Zainuddin (Setiausaha MAIK), Yang Berusaha Tuan Illias Bin Shuib (Pegawai Daerah Kuala Muda), Yang Dihormati CP Dato’ Fisol Bin Salleh (Ketua Polis Kedah), Yang Berbahagia Dato’ Haji Zakaria bin Othman (Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah) serta para pegawai dan kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
 
Baginda Tuanku Raja Muda Kedah perkenan mengurniakan sumbangan Hari Raya Aidilfitri bagi Tahun 1444H/2024M berupa wang tunai dan kuih raya kepada 120 orang penerima daripada ahli kariah Masjid Al Majidi Sungai Layar yang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim, fakir miskin dan juga pesakit kronik dengan jumlah peruntukan RM48,000.00 oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Sumbangan Hari Raya Aidilfitri ini merupakan satu simbolik kepada bantuan hari raya yang diberikan oleh pihak Baitulmal MAIK pada setiap tahun.
 
Jumlah keseluruhan peruntukan bagi sumbangan Hari Raya Aidilfitri tahun ini di Negeri Kedah adalah sebanyak RM636,000.00 dan diagihkan kepada fakir miskin melalui kerjasama masjid-masjid di Negeri Kedah.
 
Baginda kemudiannya turut perkenan mengurniakan cek cura bernilai RM10,000.00 kepada Masjid Al Majidi Sungai Layar dan menyempurnakan acara bergambar bersama-sama Ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan Jawatankuasa Masjid Al-Majidi Sungai Layar sebelum berangkat pulang kira-kira pada pukul 11.30 pagi dan disusuli dengan kepulangan dif-dif kenamaan dan kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
 
Menjunjung Kasih Tuanku
Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.