Alih Bahasa:

Author picture

DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU RAJA MUDA KEDAH BERKENAN BERANGKAT MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID AL MUQARRABIN KARIAH TAMAN ANGSANA KULIM KEDAH

 

Kulim (19 April 2024) : Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah perkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Muqarrabin, Kariah Taman Angsana Kulim Kedah.

Ketibaan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah disambut oleh Yang Berhormat Mejar (B) Tuan Mansor Bin Zakaria EXCO Kerajaan Tempatan Negeri Kedah (Wakil YAB Menteri Besar Kedah), Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan Bin Haji Khazali (Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah), Yang Berhormat Dato’ Syed Khairol Bin Syed Abidin (Pegawai Kewangan Negeri Kedah), Sohibus Samahah Dato Paduka Syeikh Fadzil Bin Hj Awang (Mufti Negeri Kedah), Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Abd Rahman Bin Abdullah ( Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah) Yang Berbahagia Dato’ Dr Haji Abd Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin (Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah) Yang Berbahagia Dato’ Haji Elmi Bin Yusof ( Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim),Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Zaini Bin Haji Ramli ( Pegawai Daerah Kulim), Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Ismi Anuar Bin Abdul Halim ( Timbalan Pengarah Operasi JHEAIK), Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Haizan Bin Hamzah (Pegawai Agama Daerah Kulim) serta dif-dif kenamaan yang lain.

Khatib ialah Yang Berusaha Ustaz Asri Bin Ahmad menyampaikan khutbah bertajuk “Aurat dipelihara, hidup sejahtera”.

Setelah menunaikan Solat Fardhu Jumaat, Baginda Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah bersama-sama Jawatankuasa Kariah Masjid yang hadir perkenan merakamkan potret kenangan bersama-sama dif-dif kenamaan berserta Ahli Jawatankuasa Masjid Al Muqarrabin.

Baginda berangkat pulang pada jam 2.20 petang diikuti kepulangan dif-dif kenamaan yang lain.

 

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.