Alih Bahasa:

Author picture

MAJLIS BERBUKA PUASA DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU RAJA MUDA KEDAH BERSAMA KAKITANGAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

ALOR SETAR (26 MAC 2024) – Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Raja Muda Kedah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Kakitangan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) bertempat di Dewan Grand Ballroom 3 Hotel RAIA Alor Setar.

Baginda berangkat tiba jam 7.10 malam disambut oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan Bin Khazali Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Haji Awang Mufti Negeri Kedah, Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Abd Rahman Bin Haji Abdullah (Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah), Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd Ghani @ Zulkifli Bin Haji Zainuddin (Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah), dif-dif kenamaan yang lain serta para pegawai dan kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.

Tuanku Raja Muda Kedah berkenan menyampaikan sumbangan berupa kuih raya kepada anggota dan kakitangan MAIK. Seterusnya Baginda berkenan menyempurnakan santapan berbuka puasa bersama semua anggota dan kakitangan MAIK serta menunaikan solat maghrib berjamaah.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah seterusnya berkenan menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih berjamaah yang diimamkan oleh Sohibul Fadhilah Tuan Syeikh Mohd Zamri Bin Bakar (Ketua Unit Tabung Amanah Baitulmal Kedah).

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berangkat pulang pada jam 10:30 malam selepas tamat acara santapan moreh diikuti kepulangan dif-dif kenamaan yang lain.

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.