Alih Bahasa:

Author picture

MAJLIS TAKLIMAT PROJEK SISTEM SOLAR PV DI MASJID-MASJID SELURUH NEGERI KEDAH

Alor Setar (04 MAC 2024): Majlis Taklimat Projek Sistem Solar PV Di Masjid-Masjid Seluruh Negeri Kedah diadakan di Ellisa Garden, Alor Setar, Kedah. Majlis ini dihadiri oleh Pegawai-pegawai Agama Daerah, Pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Masjid-masjid yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Syeikh Fakhrurrazi Bin Yub, Ketua Bahagian Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah melantik SG Energy Sdn Bhd sebagai pelaksana bagi Projek Sistem Solar PV Di Masjid-Masjid Seluruh Negeri Kedah.

Majlis taklimat ini diadakan bertujuan memberi maklumat berkaitan objektif dan matlamat projek ini dimana ia mensasarankan penjimatan kos elektrik yang bakal dinikmati oleh masjid di seluruh negeri Kedah. Sejajar dengan matlamat utama iaitu menuju kearah sebuah negeri yang mesra tenaga hijau.

Program ini adalah satu insentif kerajaan bagi menggalakkan sektor komersial terlibat di dalam pemasangan sistem solar tanpa sebarang kos. Seiring itu, program ini akan menyokong dan membolehkan kerajaan mencapai sasaran penggunaan solar dan pertumbuhan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.

Sasaran 300 buah masjid di seluruh negeri Kedah terlibat didalam projek ini. Secara keseluruhannya, dianggarkan jumlah kapasiti pemasangan sebanyak 7,590.96 (kWp) dengan anggaran penjanaan solar sebanyak 10,251,591.48 (kWh/setahun). Berdasarkan janaan tersebut, penjimatan bil elektrik dianggarkan sebanyak 6.5 juta Ringgit Malaysia setahun.

Inisiatif yang diambil oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah ini adalah selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dalam usaha mengarus perdanakan peralihan tenaga negara untuk mencapai sasaran kapasiti tenaga boleh baharu sebanyak 70 peratus menjelang 2050.

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.