Alih Bahasa:

Author picture

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SEMPENA ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU RAJA MUDA KEDAH

Alor Setar (4 Mac 2024) – Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Raja Muda Kedah bersama Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff Tuanku Raja Puan Muda Kedah berkenan berangkat hadir ke Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah bertempat di Masjid Al Hasanah Taman Rakyat Mergong Alor Setar Kedah.

 

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Muhammad Sanusi Bin Md Nor (Menteri Besar Kedah) Dan isteri Tok Puan Jusmalailani Binti Jusoh, Yang Berhormat Tuan Dzowahir Bin Ab Ghani (ADUN Suka Menanti), Yang Berhormat Ustaz Mohd Azam Bin Abd Samat (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi Dan Penerangan), Yang Berhormat Dato’ Nik Azhan Hakim Bin Nik Mahmood (Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah), Yang Berhormat Dato’ Seri Norizan Bin Khazali (Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah), Yang Berhormat Dato’ Syed Khairol Bin Syed Abidin (Pegawai Kewangan Negeri Kedah), Sohibus Samahah  Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Haji Awang (Mufti Negeri Kedah), Yang Amat Arif , Dato’ Syeikh Abdullah Bin Ahmad (Ketua Hakim Syarie), Yang Dihormati CP Dato Fisol Bin Salleh( Ketua Polis Kedah), Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd Ghani @ Zulkifli Bin Haji Zainuddin (Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah) Pegawai – pegawai Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah serta dif-dif kenamaan yang lain.

 

Majlis dimulakan dengan solat fardhu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Yang Berusaha Ustaz Ahmad Zaki Bin Md Yusof dan seterusnya bacaan yasin dan doa dipimpin oleh Sohibul Fadhilah Tuan Syeikh Mohd Naim Bin Haji Ahmad (Imam Besar Masjid Zahir). Majlis kemudian diteruskan dengan solat fardhu Isya secara berjemaah.

 

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah bersama Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Muda Kedah kemudiannya berkenan bersantap dan berkenan menerima cenderakenangan.

 

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah bersama Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Muda Kedah berangkat pulang pada jam 10:15 malam diikuti kepulangan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Muhammad Sanusi Bin Md Nor (Menteri Besar Kedah) dan dif dif kenamaan yang lain.

 

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.