Alih Bahasa:

Author picture

BENGKEL MIGRASI FAIL FUNGSIAN MAIK

Bertam, Pulau Pinang (23 Disember 2023) – Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (MAIK) telah menganjurkan Bengkel Migrasi Fail Fungsian bermula pada 21 Disember 2023 hingga 23 Disember 2023 bertempat di Bertam Resort & Waterpark, Pulau Pinang.

Peserta bengkel terdiri daripada kakitangan MAIK diantaranya adalah kakitangan Bahagian Wakaf, Baitulmal, Pusat Bimbingan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (PUSBA), Pegawai Seranta MAIK dari daerah-daerah di Negeri Kedah.

Bengkel selama 3 hari ini memfokuskan kepada 3 topik iaitu Pengenalan Kepada Rekod Kerajaan, Taklimat Migrasi Fail di MAIK dan Pemetaan Klasifikasi Fail Baharu: Fail Lama & Klasifikasi Fail Baharu. Kesemua penerangan berkaitan topik tersebut disampaikan oleh Puan Siti Fatimah Binti Kassim dan Puan Insyirah Binti Ibrahim dari Jabatan Arkib Negara Malaysia Negeri Kedah.
Penutupan Bengkel Migrasi Fail Fungsian MAIK disempurnakan dengan acara penyampaian cenderahati daripada pihak MAIK oleh Tuan Syeikh Ahmad Zaki Bin Ghazali, Ketua Bahagian Baitulmal kepada kedua-dua penceramah. Bengkel tamat pada pukul 11.30 pagi.

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.