Alih Bahasa:

Author picture

DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA KEDAH BERKENAN BERANGKAT MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID AL-MUTTAQIN, KARIAH TAMAN MAHSURI, DAERAH KUBANG PASU

JITRA (15 DISEMBER 2023) : Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah perkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Muttaqin, Kariah Taman Mahsuri, di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafiddin bersama anakanda Yang Teramat Mulia Tunku Sulaiman Badlishah disambut oleh Yang Berhormat Ustaz Mohd Azam bin Abdul Samat (wakil kepada YAB Menteri Besar Kedah), Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Haji Awang (Mufti Negeri Kedah), Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Hj Abdul Rahman bin Hj. Abdullah (Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah), Yang Berbahagia Dato’ Dr. Abdul Ghani @ Zulkifli bin Zainuddin (Setiausaha MAIK), Yang Berbahagia Encik Badrulhisham bin Sulaiman (Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani), Yang Berbahagia Tuan Muhammad Mahazi bin Haji Ibrahim (Pegawai Daerah Kubang Pasu), Yang Berbahagia Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi bin Salleh (Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu) serta dif-dif kenamaan yang lain.

Yang Berusaha Tuan Syeikh Kadri Abdul Al Hafiz menyampaikan khutbah bertajuk “Taubat Nasuha”. Semasa rakat terakhir Solat Fardu Jumaat, tuan imam turut membaca qunut nazilah bagi solidariti terhadap kekejaman yang menimpa rakyat Palestin.

Setelah menunaikan Solat Fardu Jumaat, Baginda Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah bersama-sama Jawatankuasa Kariah Masjid yang hadir perkenan merakamkan potret kenangan sebelum berangkat pulang.

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.