Alih Bahasa:

Author picture

PROGRAM SIRI ROADSHOW KESEDARAN BERWAKAF PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2023 (PADANG TERAP)

Padang Terap (09 Oktober 2023) – Bahagian Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dengan kerjasama Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) telah mengadakan Program Siri Roadshow Kesedaran Berwakaf Peringkat Negeri Kedah 2023 bagi daerah Padang Terap.

Program ini merupakan hasil inisiatif Bahagian Wakaf MAIK di dalam usaha untuk memperluaskan promosi dan meningkatkan kesedaran mengenai wakaf yang merupakan antara elemen kekuatan umat Islam.  Program ini juga memperkenalkan Skim Dana Wakaf tunai melalui kaedah potongan gaji secara bulanan kepada setiap penjawat awam termasuklah di peringkat persekutuan dan negeri.

Program Siri Roadshow ini dimulai dengan taklimat yang disampaikan oleh Tuan Syeikh Fakhrurrazi bin Yub bertajuk Wakaf Amalan Sedekah Di Hujung Jari. Taklimat berikutnya disampaikan oleh Cik Haidatul Azia Binti Husin Pegawai Pengurusan Bahagian Pemasaran dan Korporat YWM bertajuk Pengurusan Wakaf di Peringkat Persekutuan.

Program ini telah dirasmikan oleh Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani@Zulkifli Bin Haji Zainuddin, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman dan melibatkan peserta daripada kalangan Pengetua dan Guru Besar sekolah serta pelbagai agensi kerajaan di daerah Padang Terap.

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.