Alih Bahasa:

Author picture

MESYUARAT PENUTUP PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN (EXIT CONFERENCE) MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022

ALOR SETAR (28 SEPTEMBER 2023) – Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan (Exit Conference) MAIK Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 telah berjaya diadakan bersama pihak Jabatan Audit Negara dan pihak pengurusan MAIK bertempat di Bilik Mesyuarat Saidina Abu Bakar, JHEIK.

Pentadbiran MAIK diketuai oleh Setiausaha MAIK, Dato’ Haji Abd. Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin selaku pengerusi bersama, Penolong Setiausaha MAIK, En. Abdul Malek Bin Shaari, Akauntan MAIK, Ketua Bahagian Baitulmal, Ketua Bahagian Wakaf, Ketua Bahagian Pembangunan Hartanah, Pengetua Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA), Ketua Unit Audit Dalam, Ketua Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi dan juga wakil Unit Perundangan & Sekretariat.

Hadir bersama Pengarah Audit Kewangan IV, Jabatan Audit Negara, Putrajaya, Pn. Norliza binti Md Nuruddin @ Nordin bersama Timbalan Pengarah Audit, Pn. Farizah binti Beram serta Pengarah Audit Kedah, En. Hanizar bin Hamzah bersama-sama enam orang pasukan audit kewangan Jabatan Audit Negara, Kedah.

Pelbagai isu berkaitan pemakaian Fasa Kedua: Piawaian Perakaunan Islam bagi Baitulmal, Zakat dan Wakaf (PPIBZW) berkaitan aset dan teguran audit diperbincangkan. Keseluruhan isu ini mendapat pandangan dan ulasan yang membina dari Jabatan Audit Negara. Kerjasama yang baik ini membantu MAIK untuk memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pengurusan kewangan untuk masa hadapan selaras dengan kerangka konseptual berasaskan syariah yang diperkenalkan melalui pemakaian PPIBZW.

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.