Alih Bahasa:

Author picture

KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH KE MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR (7 JULAI 2023) – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah mengadakan kunjungan ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Delegasi Majlis Agama Islam Kedah diketuai Yang Berbahagia Dato’ Haji Abd. Ghani@Zulkifli bin Zainuddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah merangkap Setiausaha MAIK yang mewakili Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Delegasi MAIK dianggotai oleh Sohibus Samahah Mufti Negeri Kedah, Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie, Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah serta barisan Pengurusan kanan MAIK.

Delegasi MAIK tiba jam 9.30 pagi dan disambut oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bin Bakar Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) serta para pegawai Pengurusan Kanan MAIWP yang diadakan di One World Hotel, Kuala Lumpur.

Kunjungan ini adalah merupakan kunjungan balas hasil daripada pertemuan kedua-dua belah pihak pada 23 Febuari 2023 yang lalu di Alor Setar, Kedah.

Tujuan kunjungan hormat ini ialah untuk mengeratkan lagi silaturahim dan membuka peluang kolaborasi antara MAIK serta MAIWP terutama dalam projek – projek sosial dan ekonomi yang memberi faedah kepada masyarakat. Kunjungan ini juga dijadikan medan untuk bertukar-tukar fikiran dan pengalaman dalam usaha untuk memperluaskan lagi tadbir urus dalam bidang sosio-ekonomi umat Islam.

Antara perkara-perkara utama perbincangan di antara pihak MAIK dan MAIWP ialah Pengurusan Tanah-Tanah Wakaf, Pengurusan Muallaf, Pengurusan Pendidikan Agama Islam, Pengurusan Tauliah, Perkongsian Kepakaran Digital diantara Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Pusat Pungutan Zakat MAIWP.

Delegasi MAIK kemudiannya dibawa menunaikan solat jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pada sesi petang, delegasi MAIK juga dibawa melawat dua institusi pendidikan MAIWP iaitu Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dan Institut Kemahiran Baitulmal di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

 

   

 

 

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.