Alih Bahasa:

Author picture

MAJLIS KEBERANGKATAN DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID ZAHIR, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

15 APRIL 2022 | 13 RAMADHAN 1443H
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berkenan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Zahir Alor Setar Kedah Darul Aman.
Baginda berangkat tiba kira-kira jam 1.15 petang dan disambut oleh Yang Berhormat Encik Wan Romani Bin Wan Salim (Wakil Menteri Besar Kedah Darul Aman), Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Hj Awang (Mufti Kedah Darul Aman), Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Abd Rahman Bin Abdullah (Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah Darul Aman) Y Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Md. Daud (Pengarah JHEAIK), Yang Berbahagia Tuan Penolong Pegawai Daerah Kota Setar, Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Zakaria Bin Othman ( Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah) Sohibul Fadhilah Dato’ Syeikh Roslan Bin Abdul Halim (Imam Besar Masjid Zahir) serta pegawai -pegawai Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
Baginda berkenan menunaikan Solat Jumaat bersama rakyat jelata. Solat Jumaat diimamkan oleh Sohibul Fadhilah Dato’ Syeikh Roslan. Seterusnya Baginda berkenan menyempurnakan acara bergambar kenangan bersama pegawai -pegawai Kerajaan Negeri Kedah serta Ahli Jawatankuasa Masjid Zahir. Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah turut berkenan menunaikan bayaran zakat fitrah menerusi kaedah pembayaran secara atas talian. Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Zakaria Bin Othman (Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah) turut menyembah maklum kepada Baginda  mengenai aplikasi-aplikasi bayaran secara atas talian yang ditawarkan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil bin Hj Awang (Mufti Negeri Kedah)
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berangkat pulang pada jam 2.30 petang disusuli kepulangan Yang Berhormat Encik Wan Romani Bin Wan Salim (Wakil Menteri Besar Kedah Darul Aman).
Menjunjung kasih Tuanku Raja Muda Kedah.
Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.