

KUALA MUDA (9 JANUARI 2022) – Kelas pertama untuk sesi 1/2022 Kursus Bulanan PUSBA telah bermula melibatkan lima orang pelajar setakat ini yang mendaftarkan diri. Jumlah pelajar akan bertambah dari masa ke semasa.
Sesi 1/2022 akan berlangsung dari bulan Januari sehingga April dimana pelajar-pelajar akan mengikuti Pengajian Asas-Asas Fardhu Ain setiap hari Ahad sehingga Khamis disini.
Semoga pelajar-pelajar ini dapat mengikuti proses pembelajaran dengan sebaiknya dan berjaya menghabiskan sesi pengajian di sini.
Telah dilihat : 722