Kursus Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Persekitaran Kerja MAIK
ALOR SETAR, 9 Ogos 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah menganjurkan Kursus Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Persekitaran Kerja MAIK yang berlangsung di The Jerai Hotel. Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada warga kerja mengenai penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang boleh dimanfaatkan bagi meningkatkan kecekapan, kreativiti dan produktiviti dalam melaksanakan tugasan harian.
Kursus tersebut disampaikan oleh TPs. Dr Muhammad Hakimi bin Mohd Hussein daripada PLANMalaysia, dan turut berkongsi pengetahuan serta pengalaman berkaitan penggunaan teknologi AI dalam persekitaran kerja.
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah diperkenalkan kepada pelbagai aplikasi kecerdasan buatan antaranya ChatGPT, Claude AI, Google Flow, NotebookLM, Suno serta aplikasi AI yang lain. Pendedahan ini membolehkan peserta memahami fungsi dan kegunaan teknologi AI mengikut kesesuaian tugasan serta keperluan dalam persekitaran kerja.
Kursus berakhir pada jam 4.30 petang dan diakhiri dengan acara bergambar kenangan bersama penceramah dan para peserta.

MAIK ADAKAN TAKLIMAT NILAI BERSAMA KEPADA WARGA KERJA
ALOR SETAR, 2 November 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah mengadakan Taklimat Nilai Bersama (Core Value) yang disampaikan oleh Dr. Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi MAIK, bertempat di Bangunan Wan Mat Saman, di sini. Taklimat tersebut memberi penekanan kepada empat nilai utama

MAIK ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE IKIM
KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menerusi Dr. Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi MAIK, telah mengadakan kunjungan ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), di sini. Dalam kunjungan tersebut, Dr. Haji Abdul Rahim turut menjayakan sesi temu bual di

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PUSBA KE PERLIS
PERLIS, 29 Oktober 2026 – Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA) telah berjaya menganjurkan program lawatan sambil belajar ke Negeri Perlis yang disertai oleh seramai 33 orang pelajar dengan diiringi oleh 9 orang kakitangan pengurusan. Program kembara ilmu ini bertujuan memberikan pendedahan secara praktikal kepada para pelajar

MAIK SANTUNI PENERIMA BANTUAN SEJAHTERA PESAKIT TERLANTAR (BSPT) DI POKOK SENA
POKOK SENA, 26 Oktober 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menerusi Wan Hariz Hazimin bin Abdul Rahman selaku Ketua Unit Bantuan Bahagian Baitulmal telah menyampaikan sumbangan wang tunai dan Kit Tabaruk kepada penerima menerusi Program Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT) di sekitar Pokok Sena, di sini, hari ini.

MAIK TERIMA SUMBANGAN RM300,000 DARIPADA BANK ISLAM SEMPENA WAKAF FUNDRUN 2026
ALOR SETAR, 21 Oktober 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menerusi Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md. Daud, DSDK., SDK., AMK., BCK., Timbalan Yang Dipertua MAIK, menerima sumbangan berjumlah RM300,000 daripada Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) bagi Tabung Wakaf Tunai MAIK sempena Wakaf Fund Run 2026

SESI PERBINCANGAN BERSAMA UUM BERHUBUNG PELAN PENDIGITALAN MAIK 2027–2030
ALOR SETAR, 20 Oktober 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah mengadakan Sesi Perbincangan Bersama Universiti Utara Malaysia berhubung Pelan Pendigitalan MAIK 2027–2030 bertempat di Bilik Mesyuarat Saidina Omar, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK). Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Dr. Haji Abdul Rahim

MAIK ANJUR BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM GIS HARTANAH PERKUKUH URUS TADBIR WAKAF & BAITULMAL
ALOR SETAR, 14 Oktober 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Sistem GIS Hartanah MAIK pada 13 hingga 14 Oktober 2026 bertempat di Bilik Perbincangan MAIK. Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Hassan bin Abdul Hamid Penolong Pegawai Teknologi Maklumat daripada MADA. Bengkel ini mendedahkan

MAIK GREENDAY: AKTIVITI GOTONG-ROYONG DI PUSBA
KUALA MUDA (08 OKTOBER 2026) MAIK GREENDAY: AKTIVITI GOTONG-ROYONG DI PUSBA Program MAIK Greenday telah dilaksanakan di Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA). Aktiviti gotong-royong yang melibatkan usaha bersama dalam menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran. Program ini bukan sahaja bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang bersih, kemas dan











