DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH BERANGKAT MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT MAIK BIL. 4/2026

ALOR SETAR, 26 November 2026 – Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), berkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat MAIK Bil. 4/2026 di Bangunan Wan Mat Saman, di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Tuanku Raja Muda Kedah disambut oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Haji Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Sahibus Samahah Dato’ Paduka (Dr.) Syeikh Haji Fadzil bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah; Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan Dr. Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi MAIK serta Anggota-Anggota MAIK.

Dilihat: 38

Facebook
LinkedIn
WhatsApp
X

ARKIB BERITA MAIK

Himpunan koleksi berita dan aktiviti MAIK bagi tahun 2026