MAIK ADAKAN TAKLIMAT NILAI BERSAMA KEPADA WARGA KERJA

ALOR SETAR, 2 November 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah mengadakan Taklimat Nilai Bersama (Core Value) yang disampaikan oleh Dr. Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi MAIK, bertempat di Bangunan Wan Mat Saman, di sini.

 

Taklimat tersebut memberi penekanan kepada empat nilai utama MAIK iaitu Mesra, Amanah, Integriti dan Kerjasama yang menjadi panduan kepada warga kerja dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab masing-masing.

 

Dalam taklimat itu juga, Dr. Haji Abdul Rahim turut menekankan kepentingan mengamalkan konsep GUESS, iaitu Greeting (memberi salam atau sapaan), Use Name (menggunakan nama), Excuse Me (meminta izin), Smile (senyum) dan Say Thank You (mengucapkan terima kasih) dalam urusan seharian.

 

Amalan ini merupakan antara langkah yang boleh diterapkan oleh warga kerja bagi membudayakan komunikasi yang baik, meningkatkan kemesraan serta memberikan layanan yang lebih berhemah dalam berurusan dengan masyarakat mahupun sesama rakan sekerja.

 

Dalam taklimat yang sama, turut diadakan penyampaian hadiah bagi Program Green Day 2.0 sebagai penghargaan kepada warga kerja yang telah menunjukkan komitmen dalam menjayakan program tersebut. Hadiah disampaikan bagi tiga kategori iaitu Zon Kreatif, Zon Teamwork Terbaik dan Zon Terbaik.

 

Penganjuran taklimat ini menjadi salah satu usaha untuk memperkukuh penghayatan nilai bersama dalam kalangan warga kerja MAIK, sekali gus membentuk budaya kerja yang positif dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Dilihat: 85

Facebook
LinkedIn
WhatsApp
X

ARKIB BERITA MAIK

Himpunan koleksi berita dan aktiviti MAIK bagi tahun 2026