Kursus Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Persekitaran Kerja MAIK
ALOR SETAR, 9 Ogos 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah menganjurkan Kursus Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Persekitaran Kerja MAIK yang berlangsung di The Jerai Hotel. Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada warga kerja mengenai penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang boleh dimanfaatkan bagi meningkatkan kecekapan, kreativiti dan produktiviti dalam melaksanakan tugasan harian.
Kursus tersebut disampaikan oleh TPs. Dr Muhammad Hakimi bin Mohd Hussein daripada PLANMalaysia, dan turut berkongsi pengetahuan serta pengalaman berkaitan penggunaan teknologi AI dalam persekitaran kerja.
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah diperkenalkan kepada pelbagai aplikasi kecerdasan buatan antaranya ChatGPT, Claude AI, Google Flow, NotebookLM, Suno serta aplikasi AI yang lain. Pendedahan ini membolehkan peserta memahami fungsi dan kegunaan teknologi AI mengikut kesesuaian tugasan serta keperluan dalam persekitaran kerja.
Kursus berakhir pada jam 4.30 petang dan diakhiri dengan acara bergambar kenangan bersama penceramah dan para peserta.

MAIK GREENDAY: AKTIVITI GOTONG-ROYONG DI PUSBA
KUALA MUDA (08 OKTOBER 2026) MAIK GREENDAY: AKTIVITI GOTONG-ROYONG DI PUSBA Program MAIK Greenday telah dilaksanakan di Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA). Aktiviti gotong-royong yang melibatkan usaha bersama dalam menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran. Program ini bukan sahaja bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang bersih, kemas dan

MAIK ANJUR GREEN DAY 2.0, PUPUK BUDAYA KERJA BERSIH DAN KONDUSIF
ALOR SETAR, 8 Oktober 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah menganjurkan Program Green Day 2.0 yang merupakan aktiviti gotong-royong bersama warga kerja MAIK, hari ini. Program ini diadakan bagi memastikan persekitaran tempat kerja sentiasa berada dalam keadaan bersih, ceria dan kondusif. Selain itu, program ini juga diharap

MAIK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KEPIMPINAN UniMAIWP
ALOR SETAR, 7 Oktober 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menerusi Dr. Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi MAIK menerima kunjungan hormat delegasi Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP) yang diketuai oleh Profesor Dr. Mohd Afandi bin Salleh, Naib Canselor UniMAIWP, di sini, hari ini. Pertemuan ini

BENGKEL TRANSFER OF TECHONOLGY (ToT) PHP, MSSQL DAN SISTEM i-MAIK
ALOR SETAR, 1 OKTOBER 2026 — MAIK telah menganjurkan Bengkel PHP, MySQL dan Sistem i-MAIK selama empat hari bermula 29 – 30 September 2026 dan 1 Oktober 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat MAIK. Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Muhammad Naim bin Nazari daripada Jabatan Digital Negara (JDN), memfokuskan kepada latihan

SEHARI MAIK BERSAMA DI HARI KOMUNITI KAMPUNGKU SEJAHTERA PERINGKAT NEGERI KEDAH
JENERI, 3 Oktober 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menerusi Bahagian Baitulmal menyampaikan sumbangan wang tunai dan Kit Tabaruk kepada beberapa penduduk setempat di sekitar Dun Jeneri, hari ini. Sumbangan tersebut disampaikan oleh YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah binti Haji Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Kemiskinan

KURSUS SEMBELIHAN AYAM PELAJAR SESI 3/2026
SUNGAI PETANI (29 SEPTEMBER 2026) – Telah dijalankan satu program Kursus Sembelihan Ayam kepada pelajar-pelajar sesi 3/2026 hari ini. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi telah bermula dengan sedikit Taklimat Sembelihan yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nor bin Saad atau dikenali sebagai “Abah” dalam kalangan pelajar. Tujuan program

MAIK DEKATI GENERASI MUDA MELALUI WAKAF FUNDRUN 2026
ALOR SETAR, 28 September 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dengan bangganya menganjurkan Majlis Prapelancaran Wakaf FundRun 2026 bersama rakan strategik, media dan penaja bertempat di Hotel Serasi Padi, Alor Setar, disini, hari ini. Program Wakaf Fundrun 2026 ini merupakan satu pendekatan baharu bagi menggalakkan amalan berwakaf dalam

MAIK, TV ALHIJRAH TEROKA KERJASAMA STRATEGIK DAN HEBAHAN WAKAF FUND RUN 2026
ALOR SETAR, 24 September 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menerima kunjungan hormat delegasi TV AlHijrah yang diketuai oleh Tuan Haji Saifulizan Sidek, Pengurus Besar Kumpulan Integrasi Media & Hal Ehwal Korporat disambut oleh Dr Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi MAIK, di sini.






