KDYMM SULTAN KEDAH BERKENAN MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID AL-ISLAH, ALOR MENGKUDU

ALOR SETAR, 13 November 2026 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman, berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Islah, Alor Mengkudu, di sini, hari ini.

 

Keberangkatan tiba KDYMM Tuanku Sultan Kedah disambut oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah; YB Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah; Sahibus Samahah Dato’ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah; YB Dato’ Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat, Exco Agama Negeri Kedah; YDH CP Dato’ Adzli bin Abu Shah, Ketua Polis Negeri Kedah serta Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK).

 

Hadir sama ialah Tuan Azmin bin Zainol Abidin, Pegawai Daerah Kota Setar; Tuan Syeikh Mohamad Subhi bin Abdullah, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK); Dato’ Haji Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK); Dato’ Syeikh Ismi Anuar bin Abdul Halim, Timbalan Pengarah (Operasi) JHEAIK serta Tuan Haji Zainul Jamal bin Abdul Ghani, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JHEAIK.

 

Khutbah jumaat disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Firdaus Zainol bertajuk “Ancaman Akidah Masa Kini”, menyentuh kepentingan memelihara akidah umat Islam dalam menghadapi pelbagai cabaran dan pengaruh semasa.

Dilihat: 8

Facebook
LinkedIn
WhatsApp
X

ARKIB BERITA MAIK

Himpunan koleksi berita dan aktiviti MAIK bagi tahun 2026