Alih Bahasa:

Author picture

Sesi Taklimat dan Percambahan Fikiran Mengenai Pelaksanaan Pelan Strategik MAIK 2021-2025

 

ALOR SETAR (05 Februari 2024) – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah menganjurkan satu Sesi Taklimat dan Percambahan Fikiran Mengenai Pelaksanaan Pelan Strategik MAIK 2021-2025 bersama anggota MAIK bertempat di Hotel Grand Alora, Kedah. Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah merangkap Yang Di Pertua MAIK berangkat hadir jam 09.00 pagi. Turut hadir ialah Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Haji Khazali, SSDK., DSDK., AMK., BCK (Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman), Sohibul Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil bin Haji Awang.,DPSS., DSDK., AMK., BCK. (Mufti Negeri Kedah Darul Aman), Yang Berhormat Ustaz Mohd. Azam bin Abd. Samat, SDK., PJK. (Pengerusi Jawatankuasa Pendidkan, Agama, Komunikasi dan Penerangan), Yang Berhormat Dato’ Nik Azhan Hakim bin Nik Mahmood, DSDK. (Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Darul Aman), Sohibul Fadhilah Dato’ Wira Syeikh Yahaya bin Haji Jusoh, DGMK., DSDK., BCK.( Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman), Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Shahadan bin Haji Abdullah , DSDK., SDK., AMK., BCK. ( Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman, Yang Dihormati CP Dato’ Fisol bin Salleh, DIMP., SMP., PSPP., KMN., PJPN. (Ketua Polis Negeri Kedah Darul Aman), Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Haji Zakaria bin Othman, DSDK., AMK., BCK. (Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman), Yang Berbahagia Encik Mohd Sofwan bin Mohd Khatib, KSD., BCK (Setiausaha Sulit Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah), Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani @ Zulkifli Bin Haji Zainuddin, DSDK., DIMP., DSM., AMK., BCK., ASK (Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman),

Sesi taklimat dimulakan dengan pembentangan pelaksanaan Pelan Strategik oleh Dr. Aisyahmona Binti Ghani selaku Ketua Bahagian Penyelidikan Dan Perancangan Strategik MAIK merangkap Ketua Sekretariat Pelan Strategik MAIK 2021-2025. Pembentangan merangkumi, latar belakang Pelan Strategik, Kerangka Pelan Strategik yang mengandungi 5 teras, 14 strategik, 33 inisiatif dan 63 indikator. Pelaporan pencapaian indikator dibentangkan fengan menunjukkan pencapaian sasaran dan kajian semula pelan strategik untuk tahun 2024-2025 bagi beberapa teras tertentu.

Sesi taklimat seterusnya, diteruskan dengan sesi soal jawab bersama Anggota Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Selepas sesi taklimat, Baginda Tuanku Raja Muda Kedah berkenan bergambar bersama semua Anggota Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Ketua-Ketua Bahagian dan Ketua Unit.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berangkat pulang pada jam 01.00 petang selepas acara santapan tamat diikuti oleh kepulangan Anggota Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.

 

 

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.