Alih Bahasa:

Author picture

DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU RAJA MUDA KEDAH BERKENAN BERANGKAT MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID AL ISLAH ALOR MENGKUDU ALOR SETAR KEDAH

 

Alor Setar (2 FEBRUARI 2024) : Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah perkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Islah, Alor Mengkudu Alor Setar Kedah di sini hari ini.

Ketibaan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah disambut oleh Yang Berhormat Ustaz Mohd Azam bin Abdul Samat (wakil kepada YAB Menteri Besar Kedah), Yang Berhormat Tuan Afnan Hamimi Bin Taib Azamamudin (Ahli Parlimen Alor Setar), Yang Berhormat Tuan Haji Radhi bin Mat Din (ADUN Alor Mengkudu), Yang Berbahagia Tuan Haji Hakim Ariff Bin Md Noor (Pegawai Daerah Kota Setar), Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Ismi Anuar Bin Abdul Halim (Timbalan Pengarah Operasi JHEAIK), Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Noor Ismardi Bin Ismail (Pegawai Agama Daerah Kota Setar) serta dif-dif kenamaan yang lain.

Yang Berusaha Tuan Haji Wan Muhammad Halimuddin bin Mustaffa Imam Masjid Al Islah menyampaikan khutbah bertajuk “Rebutlah peluang, hargailah kehidupan”. Semasa rakaat terakhir Solat Fardhu Jumaat, tuan Imam turut membaca qunut nazilah bagi solidariti terhadap kekejaman yang menimpa rakyat Palestin.

Setelah menunaikan Solat Fardhu Jumaat, Baginda Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah bersama-sama Jawatankuasa Kariah Masjid yang hadir perkenan merakamkan potret kenangan bersama-sama dif-dif kenamaan berserta Ahli Jawatankuasa Masjid Al Islah.

Baginda berangkat pulang pada jam 2.40 petang diikuti kepulangan dif-dif kenamaan yang lain.

 

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.