Alih Bahasa:

Author picture

TUANKU SULTAN PERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS SAH KHATAM AL-QURAN PERINGKAT NEGERI KEDAH BAGI TAHUN 1444H/2023M

17 APRIL 2023 – ALOR SETAR: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman perkenan berangkat ke Majlis Sah Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 1444H/2023M di Masjid Zahir, di sini, hari ini.

 

Turut berangkat hadir, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah. Keberangkatan tiba Tuanku berdua disambut oleh Yang Berhormat Dato’ Romani bin Wan Salim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang mewakili Menteri Besar Kedah; Yang Berhormat Dato’ Haji Norizan Bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah; Sohibus Samahah Dato’ Paduka Sheikh Fadzil Bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abd Ghani @ Zulkifli Bin Haji Zainuddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah serta dif-dif kenamaan yang lain.

 

Dalam majlis sama, Baginda Tuanku berdua turut perkenan menunaikan solat Isyak dan solat sunat tarawih secara berjemaah bersama seluruh tetamu yang hadir sebelum meneruskan aturcara Majlis Sah Khatam Al-Quran yang diaturkan.

 

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.