Alih Bahasa:

Author picture

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 1444H/2023M

07 APRIL 2023 – ALOR SETAR Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah perkenan berangkat ke Masjid Al-Rahmah, Taman Wira Mergong, di sini bagi menyempurnakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran bagi tahun 1444H/2023M.

Ketibaan DYTM Tuanku Raja Muda Kedah disambut oleh Yang Berhormat Brigedier Jeneral (B) Dato’ Haji Najmi bin Haji Ahmad Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang mewakili Menteri Besar; Sohibus Samahah Dato’ Paduka Sheikh Fadzil Bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah serta dif-dif kenamaan yang lain.

Baginda Tuanku Raja Muda turut perkenan menunaikan solat Isyak dan solat sunat tarawih secara berjemaah bersama seluruh tetamu yang hadir dan seterusnya mendengar tazkirah sempena Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Sohibus Samahah Dato’ Paduka Sheikh Fadzil Bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah.

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.