Alih Bahasa:

Author picture

MAJLIS BERBUKA PUASA DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU RAJA MUDA KEDAH BERSAMA KAKITANGAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

 

5 APRIL 2023, ALOR SETAR Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Kedah di Hotel RAIA, Alor Setar.

 

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Abd Ghani @ Zulkifli Bin Zainudin, Setiausaha MAIK dan Encik Abdul Malek Bin Shaari Penolong Setiausaha MAIK.

 

Pada majlis berkenaan, Baginda berkenan menyampaikan sumbangan hamper kuih raya kepada semua kakitangan MAIK sempena Aidilfitri yang akan menjelang tiba.

 

Selepas santapan berbuka puasa, Baginda Tuanku Raja Muda Kedah juga turut berkenan bersolat fardhu mahgrib, solat fardhu isya yang diimamkan oleh Tuan Syeikh Mohd Zamri Bin Bakar dan solat terawih yang diimamkan oleh Tuan Syeikh Fakhrurrazi Bin Yub. Selepas solat terawih, acara diteruskan dengan jamuan moreh.

 

Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua MAIK berangkat pulang pada jam 10.20 malam.

 

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.