Alih Bahasa:

Author picture

MAJLIS SUMBANGAN BANTUAN HARI RAYA AIDILFITRI BAGI TAHUN 1444H/2023

BANDAR BAHARU (03 APRIL 2023) – Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berkenan berangkat ke Dewan Seri Serdang, Bandar Baharu bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Bagi Tahun 1444H/2023 anjuran Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Yang Berhormat Brigedier Jeneral (B) Dato’ Haji Najmi bin Haji Ahmad (Wakil Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman), Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Hj Awang (Mufti Negeri Kedah Darul Aman), Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Abd Rahman Bin Abdullah (Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah Darul Aman), Yang Berhormat Dato’ Norsabrina Binti Mohd Noor Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bandar Baharu, Yang Berbahagia Dato’ Wira Syeikh Yahaya Bin Jusuh (Timbalan Yang Dipertua MAIK) , Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Ghani @ Zulkifli Bin Zainuddin (Setiausaha MAIK), Yang Berbahagia Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff , (Pegawai Daerah Bandar Baharu) dan Pegawai-Pegawai MAIK.

Baginda berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1444H kepada 160 orang penerima yang terdiri daripada seluruh penerima terpilih di daerah Bandar Baharu. Majlis sumbangan yang diadakan ini merupakan simbolik kepada agihan sumbangan Hari Raya Aidilfitri oleh pihak Baitulmal. Pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah mengagihkan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidilfitri yang bernilai RM622,000.00 untuk diagihkan kepada 2,990 orang penerima melalui kerjasama jawatankuasa masjid seluruh Negeri Kedah bagi tahun ini.

Seterusnya Baginda berkenan menyempurnakan acara bergambar kenangan bersama pegawai -pegawai Kerajaan Negeri Kedah.

 

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berangkat meninggalkan majlis kira kira jam 12.30 tengahari disusuli kepulangan Yang Berhormat Brigedier Jeneral (B) Dato’ Haji Najmi bin Haji Ahmad (Wakil Menteri Besar Kedah Darul Aman).

 

Menjunjung kasih Tuanku.

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.