Alih Bahasa:

Author picture

MAJLIS PERPISAHAN, PERSARAAN DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG KAKITANGAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

ALOR SETAR – Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) telah menganjurkan Majlis Perpisahan, Persaraan Dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Kedah di Jerai Hotel Alor Setar bagi meraikan penghargaan kepada pegawai yang diraikan di atas jasa bakti yang dicurahkan selama berkhidmat di Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Majlis ini dihadiri oleh Sohibul Fadhilah Dato’ Wira Syeikh Yahaya Bin Jusoh Timbalan Yang Dipertua MAIK dan Dato’ Haji Abd Ghani @ Zulkifli Bin Zainuddin Setiausaha MAIK.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa dan ucapan Dato’ Haji Abd Ghani @ Zulkifli Bin Zainuddin Setiausaha MAIK dan diteruskan dengan ucapan Yang Berbahagia Dato’ Hj Mohd Yusri Bin Md Daud mantan Setiausaha MAIK yang kini dilantik sebagai Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Alor Setar.

Yang Berbahagia Dato’ Hj Mohd Yusri Bin Md Daud dalam ucapannya menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan kerana memberi kerjasama penuh sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Setiausaha di Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Majlis diteruskan dengan tayangan montaj dan penyampaian cenderahati kepada Yang Berbahagia Dato’ Hj Mohd Yusri Bin Md Daud, Yang Diraikan Encik Nurhaimi Bin Haron (bersara) dan penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada empat orang penerima iaitu :

  1. Encik Mohd Hafizey Bin Ahmad Khozae.
  2. Encik Muhammad Al Hafeez Bin Hasan.
  3. Encik Azha Bin Ariffin.
  4. Puan Norhayati Bin Aziz.

Majlis disambung dengan acara jamuan dan acara bergambar. Majlis berakhir pada jam 5.00 petang

 

Facebook
WhatsApp
Twitter

ARKIB BERITA

Himpunan Berita Dan Aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Kedah

BERITA SEMASA

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.