Alih Bahasa : EnglishMalay
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

SUMBANGAN KIOSK NIAGA OLEH BAITULMAL MAIK

Alor Setar (04 Disember 2022 ) – Pihak Baitukmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah menyampaikan sumbangan kiosk niaga kepada peniaga-peniaga yang terpilih untuk membantu para peniaga di Negeri Kedah menjana pendapatan di samping dapat meningkatkan tahap sosio ekonomi para peniaga. Majlis sumbangan ini telah disempurnakan oleh Tuan Syeikh Ahmad Zaki Bin Haji Ghazali (Ketua Bahagian Baitulmal). Terdahulu pihak Baitulmal telah menyampaikan sumbangan kiosk niaga ini sebanyak 3 unit kepada penduduk di daerah Yan dan 3 unit  kepada penduduk di Padang Terap melalui kerjasama Majlis Daerah Yan dan Majlis Daerah Padang Terap. Pihak Baitulmal akan cuba membantu penduduk di Negeri Kedah melalui menyediakan peralatan seperti khemah niaga, kiosk niaga dan lain-lain kelengkapan perniagaan yang difikirkan perlu. Semoga dengan pemberian sumbangan seumpama ini dapat meringankan beban para peniaga dan dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka di masa akan datang. In sya Allah.
317079879_526685799504157_4367458970283538428_n
316281933_526685562837514_7492078418358136845_n
316275757_526685732837497_4967384470059577968_n
Facebook
WhatsApp
Twitter

PENAFIAN

Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK)tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.